Uhh sebenarnya, tukarkan kad ATM/Debit CIMB sangat mudah. Saya hampir tidak perlu melakukan apa-apa pun. Saya cuma bertindak tukar kad ATM lama CIMB tersebut apabila menerima satu email daripada pihak bank. Dalam email tersebut, ia mengatakan bahawa kad ATM/Debit saya sudah sedia untuk diambil ... uhh wahhh ... pantas sungguh ...
Cara Tukar Kad Debit CIMB Pin & Pay

Tukar Kad Debit CIMB Pin & Pay Mudah dan Pantas
Apa yang perlu saya sediakan adalah kad pengenalan dan kad ATM/Debit lama CIMB serta KPT (Kad Pengenalan). KPT diimbas, dan saya perlu isi nama, nombor kad pengenalan serta meletakkan dua tandatangan pada borang yang telah disediakan.
Oh ya, fungsi kad Debit pada kad ATM baru adalah satu option - iaitu menggunakan Pin & Pay. Anda boleh activate terus, dan akan dikenakan bayaran tahunan, kalau tak silap saya dalam berbelas ringgit. Kalau tak nak, beritahu sahaja pada pegawai bank ... huhu.
[Baca] Ketahui Teknik Gandakan Duit ASB dan Miliki Hartanah IdamanMudah je kan?
Sembang Info Pegawai Bank Tentang Tukar Kad ATM/CIMB Baru
Saya pun tanya pada pegawai bank CIMB .."Encik, hanya orang dapat email macam saya je ke kena tukar kad?" tanya saya, lelaki terkacak dalam bank tu... huhu
"Ehh tak .. ada yang terima email, ada yang terima SMS suruh datang ambil kad baru ..." jawab pegawai bank yang boleh tahan kacaknya dari saya.
"Abis? macam isteri saya tak terima apa-apa .. macam mana?" tanya saya lagi sebab sayangkan isteri dan akaun banknya.
"Boleh suruh dia datang sini .. tukar terus .. tak ada masalah ..." kata pegawai bank tersebut dengan muka tersenyum-senyum.
Camner? Jelas?
Boleh pergi tukar kad CIMB anda, cuma untuk kad ATM/Debit sahaja. Sebab saya nak tukarkan kad kredit ke sistem tu .. tak dibaginya ... uhh mushkil pulak. So saya diamkan ajerr....
Harap cerita dan info di atas dapat berikan sedikit pencerahan mengenai proses nak tukarkan kad ATM/Debit CIMB versi Pin & Pay yang baru.
Jangan lupa kongsikan kepada rakan lain ye.
Untuk info mengenai sistem Pin & Pay ini, anda boleh rujuk laman web berikut - https://pinandpay.com.my/en/cardholder.html
terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeletesaya pun dah dapat cimb card yg baru bulan April lepas. Caj nya hanya RM8 sahaja. :)
# opps, maaf kan saya, maksud caj di atas tu ialah bayaran tahunan. tukar kad tak kena caj apa-apa.
ReplyDeleteooo.
ReplyDeletetak de buat online ke?
cimb bank dekat sini baru je tutup. Nak kena cari bank cimb terdekat. terdekat pun jauh la sebab kan dah banyak tutup cawangannya. 23 buah cawangan cimb tutup. huhu
kalau boleh buat online macam maybank kan bagus...aduihh..bali nak tukar ni..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.