Beliau telah mengasaskan LikeMethod Tribe, yang baru-baru ini menjadi trending di laman sosial Facebook. Kalau orang yang galak menggunakan pemasaran Facebook, tentu dah mengetahui mengenai group LikeMethod Tribe ini. Ada banyak perkongsian hebat dan bermanfaat untuk orang berniaga online di dalam LikeMethod Tribe. Lepas tu, ia disokong oleh ramai otai-otai pemasaran, termasuklah juara-juara affiliate Malaysia.
5 Tips Dapatkan Kos Iklan FB Murah
Saya secara peribadi tak kenal siapa pun Khairi Ariff ini. Namanya muncul di email disebabkan saya suka langgan banyak tips dan panduan pemasaran online dari otai-otai dan pakar di Malaysia termasuklah Wazeen Azizan (Kursus Shopievo), Muaz Hadi (Infokerjaya), Aqif Azizan (WriteToWealth), Firdaus Azizi (Sifu Facebook Ads), Wan Mus (Sifu Adwords), Najib Asaddok (Pakar Affiliate), Faisal Abdullah dan ramai lagi yang tak mampu saya nak senaraikan.Walaupun saya tak kenal, tapi saya tetap ambil ilmu yang disampaikan kepada saya sebagai peluang untuk belajar benda baru. Dan kerana sifat saya yang suka berkongsi apa yang telah saya terima, maka saya terbitkan 5 tips dapatkan kos iklan FB murah untuk bacaan anda. Manalah tahu, kot-kot anda boleh dapat sesuatu dan dimanfaatkan sebaiknya.
Panduan dan Tips Untuk Dapatkan Kos Iklan Murah
Mari lihat dan baca apa yang telah disampaikan oleh Khairi Ariff ini:
Kenapa? Sebab kalau letak daily budget tinggi-tinggi, selalunya FB akan makan duit anda dengan sesuka hati
2. Pastikan Anda Launch At Least 2 Iklan Dalam 1 Adset
Kenapa? Anda nak tengok iklan mana yang boleh bagi kos yang lebih rendah. Biasanya saya akan tukar salah satu benda saja dalam iklan tu. Contoh jika saya promote Like Method.
- Iklan 1: Saya guna gambar logo Like Method
- Iklan 2: Saya guna gambar artis pakai baju Like Method
3. Tutup Iklan Pada Masa Cuti Umum
Kenapa? Sebab pada masa cuti, selalunya orang tak banyak membeli dan kurang online.
Anda hanya akan bazirkan duit sahaja.
4. Gunakan Gambar Iklan Yang Berwarna-Warni
Kenapa? Sebab gambar merupakan benda yang paling penting dalam FB Ads.
Jika anda gunakan iklan yang berwarna terang, ia akan menarik perhatian prospek anda untuk klik iklan tersebut
5. Target Android Smart Phone Sahaja
Ikut dari pengalaman saya, biasanya placement android smart phone memberikan kos iklan yang paling rendah
Saya (Khairi) harap ianya membantu!
Jadi bagaimana? Adakah apa yang disampaikan itu merupakan ilmu dan pengetahuan baru anda tentang kos iklan di Facebook?
Nak sertai LikeMethod Tribe dan dapatkan lebih banyak ilmu, panduan, tips, trick yang sempurna, terbukti, dan berkesan daripada Khairi Ariff? Join sekarang di sini - LikeMethod Tribe
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.