Senarai blog terbaik mengikut ranking Alexa berdasarkan kedudukan pada Julai 2016. Salah satu cara syarikat pengiklanan menilai kekuatan sesebuah blog dan laman web ialah menerusi kedudukan blog dan laman web tersebut di ranking Alexa. Ia sering dijadikan penanda aras terutama syarikat pengiklanan antarabangsa untuk offer peluang bekerjasama.

Ketika zaman blog saya berada di antara 150 blog dan laman web terbaik di ranking Alexa, saya sering menerima email untuk peluang pengiklanan dan kerjasama. Antaranya adalah dari Innity, Mobicow, H12, Media White, PopAds, dan banyak lagi. Yeap, Innity hantar email minta saya mendaftar dengan mereka .... sesuatu yang saya sendiri tak duga .. sebab saya dah apply sebelum itu, dan ditolak kerana tidak menepati syarat .. huhu.

Senarai Blog Terbaik Ranking Alexa Julai 2016

Senarai Blog Terbaik Ranking Alexa Julai 2016
Hari ini, banyak blog yang dulunya popular dan dapat ranking terbaik telah jatuh menjunam. Blog-blog personal terutamanya mendapat tempias yang paling ketara. Kemunculan blog-blog berbentuk berita dan majalah mengambil tempat teratas dalam senarai ranking Alexa terkini. Blog-blog personal sudah sukar untuk berada di takhta senarai blog dan laman web terbaik Alexa untuk kategori Malaysia .. banyaknya telah berada di bawah ranking 1000 yang sebelum ini gah berada di top 500 Alexa rank.

Ok. Berikut adalah senarai dan kedudukan bagi yang saya sifatkan sebagai blog dalam ranking Alexa yang telah saya ambil pada 27 Julai 2016. Saya ketepikan laman web-laman web media arus perdana dan cuba cari blog yang boleh dikategorikan dalam senarai ini.
  1. Paultan.org (19)
  2. Mynewshub.cc (44)
  3. Beautifulnara.com (217)
  4. Siakapkeli.my (314)
  5. OhBulan.com (376)
  6. Rotikaya.com (391)
  7. Mysumber.com (412) - logo derang saya buat tauu .. hoho....
  8. TheVocket.com (457) - artikel saya tulis pernah diterbitkan di sini .. hoho ...
  9. Amanz.my (475)
  10. PanduanMalaysia.com (500)

Untuk lihat senarai penuh top rank blog dan laman web Alexa Rank - kategori Malaysia, boleh jenguk di pautan berikut - http://www.alexa.com/topsites/countries;0/MY

Alexa Rank untuk HASRULHASSAN.COM?

Blog saya pula berada di kedudukan jauhhhh ke bawah seperti ditunjukkan ini:
Kedudukan ranking blog terbaik alexa rank 2016
Walaupun blog saya mendapat score yang agak baik untuk SEO, tetapi ia tidak menjamin blog saya boleh mendapat trafik yang tinggi setiap bulan. Seperti saya katakan dalam post-post berkaitan topik ini, kekuatan blog itu ada banyak punca dan sumbernya.

[Baca] Alexa Rank untuk Mac 2016

Cara Mudah Nak Tahu Rank Alexa

Nak tahu kedudukan Alexa untuk blog lain? atau mungkin nak tahu untuk blog sendiri? Hanya copy paste URL di bawah ini di browser internet anda:

http://www.alexa.com/siteinfo/DOMAIN-Blog

Contohnya:

http://www.alexa.com/siteinfo/hasrulhassan.com

atau

http://www.alexa.com/siteinfo/hasrulhassan.blogspot.com

Senang je kan?

Ia akan paparkan info site tersebut seperti yang saya tampilkan di atas tu. Kalau blog atau laman web tu tidak cukup data, anda kemungkinan akan hampa dengan hasilnya sebab tak keluar apa-apa.

Oh ya, jangan masukkan domain seperti berikut - http://www.alexa.com/siteinfo/hasrulhassan.blogspot.my

Sebab ia tak akan berikan apa-apa info pun, ia akan dianggap sebagai info untuk blogspot/blogger.com.

Orait! Selamat skodeng ranking Alexa blog orang lain ... yehaaa..

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. uiii..kalau blog sifu angkanya semacam itu, blog kecik saya, mau juta-juta..hahahha..

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
  2. kalau kita check kat alexa tak ada pun rank MAlaysia tu kenapa erkh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada dua sebab - tak adapat trafik dari pengguna Malaysia dan blog anda tak letak geo tagging untuk Malaysia

      Padam
  3. yang tersenarai tu memang yang popular
    sebab tu tak pelik mereka tersenarai
    kalau cam saya ni, langsung tak keluar..haha

    BalasPadam
  4. blog YB langsung tak masuk dalam senarai... angka pun dah hilang
    hahaha

    BalasPadam
  5. Susah juga nak jaga rangking ni yea. Tengelam timbul aje di buatnya.hehe.

    BalasPadam
  6. Blog saya tak ada dalam senarai. Nak kena pergi beratur juga macam ni.

    BalasPadam
  7. Info yang berguna. Hebat-hebat semuanya.

    BalasPadam
  8. Perghh.. Ni semua power2.. Klau dapat mcm diorg mesti trafik mencanak2 je.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement