Untuk kali ini (Julai 2016), saya telah memilih untuk menggunakan template terbaik daripada Arlina Design. Ia merupakan template versi percuma yang sangat bagus, dan telah digunakan oleh ramai blogger Nusantara. Ini merupakan template kedua yang saya guna hasil kreativiti Arlina Design (blogger Indonesia). Saya dah mula tertarik dengan rekabentuk-rekabentuk template dari Arlina Design ni ...

7 Sebab Kerap Tukar Template Blog
Tentu anda tertanya-tanya kenapa saya kerap tukar template blog saya ini? Ok .. sekarang saya nak kongsikan sedikit pengalaman ini ... manalah tahu kot-kot ia boleh dijadikan sebagai panduan blogger untuk anda.Masalah Loading
Saya begitu prihatin soal loading blog ini. Bukan apa, sejak akhir-akhir ini, saya hadapi masalah dengan kadar bounce rate yang agak tinggi. Matlamat saya untuk tahun 2016 ialah untuk mencapai kadar bounce rate sekitar di bawah 30%. Walaupun saya menggunakan trick ini - Tips Trik Dapat Bounce Rate Blog Rendah, saya masih belum berjaya nak capai kadar bounce rate di bawah 30%. Setakat hari ini, kadar bounce rate blog ini masih lagi di atas 30% ... huhu...Di bawah ini adalah kadar bounce rate untuk bulan Jun 2016.

[Baca] Blog Loading 5 Saat Dianggap Lambat oleh Alexa Ranking
Masalah Malware / Harmful Script
Ini antara masalah utama. Kebanyakan template blogspot percuma akan hadapi masalah ini. Ia bukan berlaku secara serta-merta, tetapi ambil masa dan tempoh tertentu. Awal-awal memang tiada masalah ... tetapi anda akan hadapi masalah malware dan juga terima amaran 'harmful Script' apabila dah lama menggunakan sesuatu template blogspot.Saya dah banyak kali kena. Itu sebab anda akan dapati saya kerap tukar template blogspot. Dan kadangkala anda akan gagal akses ke blog saya gara-gara amaran yang keluar di pelayar internet mengatakan blog saya ada masalah isu keselamatan.

Konflik Kod Javascript
Ada sesetengah template percuma blogspot bersifat rigid .. di mana ia tidak benarkan Javascript luar digunakan di dalam template/layout blog. Akibatnya ... blog jadi bengong dengan keluar paparan yang tidak sepatutnya. Adakala, ia membawa blog ke satu laman web yang lain apabila pengunjung blog datang singgah.Paling menyedihkan ialah, template tersebut tidak boleh dioptimasi untuk mendapatkan income terutama menerusi platform pengiklanan seperti Adsense, Innity, Nuffnang dan sebagainya. Sebagai seorang blogger sepenuh masa yang cari income dengan blog, aspek ini sangat penting dan perlu dititik-beratkan.
Lepastu, kadang widget tertentu blogger.com sendiri tidak boleh digunakan, contohnya Arkib, Blog List, Pageview Stats dan beberapa lagi. Itu sebab anda kadangkala dapati blog ini tidak dipaparkan arkib (archieve) dan juga blog list ... sedih tak?
Tidak Mesra Designer
Saya seorang perekabentuk. Saya suka melihat blog saya tampil unik, lain daripada yang lain walaupun menggunakan template yang serupa (asal) dengan blogger yang lain. Saya sukakan template yang mudah untuk direkabentuk ikut selera dan keinginan saya. Kalau template itu telah dipasang dan didapati banyak kekangan untuk menjadi kreatif .. maka .. memang saya akan cari yang lain, walaupun template blogspot tersebut baru digunakan beberapa minggu yang lalu .. huhu.Gagal SEO
Banyak template blogspot percuma yang dakwa bahawa rekaan template adalah mesra SEO, dan boleh menempatkan blog serta entri berada di top enjin carian dengan cepat. Walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya. SEO penting untuk sebuah blog yang kurang popular seperti blog saya ini. Tanpa SEO yang baik, sukar sesebuah blog yang tidak ramai pengikut untuk mendapatkan trafik yang tinggi.Antara sebab saya kerap tukar template blog adalah kerana mahu mencari sebuah template blog yang benar-benar terbukti terbaik untuk ciri-ciri SEO. Seperti saya katakan dalam posting berkaitan Tips Blogging dan SEO Blogspot, perkara penting untuk menjadi seorang pakar SEO blog ialah memastikan blognya adalah mesra SEO, dan dapat menempatkan entri-entri blog di dalam kedudukan terbaik SERP enjin carian.
Tidak Mesra Mobile
Zaman sekarang, ramai pencari maklumat dan pembaca blog terdiri daripada mereka yang menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan phablet. Adalah sangat penting seorang blogger memastikan blognya mesra mobile 100% dioptimasi sepertimana ia dipaparkan menerusi komputer atau laptop.
Mudah Sangat Rasa Bosan
Haha .. jangan marah aarr ... saya sebagai seorang yang berminat pada grafik sering rasa tak puas hati dengan sesuatu rekabentuk blog. Kadangkala, saya cuba nak capai sesuatu dari segi apa yang sedap pada mata memandang .... tetapi, template blog yang digunakan tidak support apa yang saya inginkan. Jadi, cara termudah ialah mencari template yang dapat penuhi rasa dan keinginan itu.Contohnya seperti floating menu, floating widget ... tak banyak template blogspot percuma yang boleh gunakan widget ini....huhu.
[Baca] Keburukan Guna Widget Floating Share
Tepuk Dada Tanya Selera Sendiri ...
Okeh. Rasanya saya dah senaraikan sebab-sebab yang buatkan saya kerap tukar template blog saya. Dengan kekerapan ini, ada rakan blogger yang ingat saya sudah beralih ke platform berbayar atau gunakan platform Wordpress .. tetapi sebenarnya, blog ini masih lagi kekal dengan blogger.com/blogspot .. dan masih lagi seperti di tahun 2009/2010 di mana pertamanya saya gunakan blogspot untuk menulis blog.Alhamdulillah .. minat saya dengan blogging tidak pernah pudar walaupun sudah masuk ke tahun keenam (secara rasmi) di dalam dunia blog Malaysia. Syukur, ramai yang sudi singgah dan baca blog saya, walaupun jumlah follower blog ini masih lagi belum bertambah ... kekal 4471 (semasa entri ini ditulis). Jika anda belum lagi jadi ahli, bolehlah ikuti blog ini dah jadi member di sini - Follower Blog HASRULHASSAN.COM

- Template free blogspot
- Free SEO friendly blogger template
- Free blogger template SEO ready responsive
Semoga bermanfaat.
ye saya juga guna template Arlina Design, memang bagus tapi masih ada kekurangannya juga.
BalasPadamsaya dah dapat akaun adsense rasanya dah lama..tapi sampai sekarang iklan tak keluar..baru-baru ni, tukar template lagi. iklan nuffnang kadang keluar, kadang tak. kemudian, reason cepat bosan tu sama..hari-hari tengok blog, template sama je, terus bosan. terus cari template lain. hehehe
BalasPadampernah jugak check template Arlina. semuanya lawa2 dan minimal. kena dengan taste.
BalasPadamok, boleh tahan.
BalasPadamsaya pun masih lg nk tukar template sbb yg alasan yg sama
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.