Alhamdulillah, rezeki Hari Raya 2016. Menerusi sebuah kontest SEO - Contest Cari Duit Raya 2016 anjuran rakan blogger AkmaOmar.com; saya berjaya menempatkan entri kontest tersebut iaitu RF3 World Firmax Malaysia di kedudukan terbaik carian Google hingga melayakkan blog ini mendapat kedudukan tempat keenam bagi kategori SEO.

Dengan kedudukan di tangga keenam bagi kategori SEO, maka blog ini membolehkan saya menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100 daripada pihak penganjur. Rasanya inilah satu-satunya kontest SEO yang saya sertai untuk tahun 2016. Ada kontest SEO lain, tetapi saya tiada kesempatan untuk join dek kerana kekangan idea dan masa.

Menang Kontest SEO 2016 Anjuran AkmaOmar.com

Menang Kontest SEO 2016 AkmaOmar.com
Paparan di atas menunjukkan senarai pemenang kontest yang telah diumumkan oleh penganjur. Anda biasa dengan blog-blog yang tersenaraikan tu tak? Bukan calang-calang tu ... huhu.

Nak Anjurkan Kontest Dengan Hadiah Kemenangan

Maka, dapatlah saya duit raya sebanyak RM100. Saya sedang berfikir untuk memasukkan wang kemenangan ini dalam satu kontest yang bakal saya anjurkan kelak, yang memungkinkan saya untuk memberikan hadiah wang tunai utama sehingga RM500. In Sha Allah andai semuanya berjalan lancar, saya akan umumkan kemudian.

Penajaan untuk kontest tersebut telahpun saya peroleh, dan jumlahnya sangat bagus. In Sha Allah, saya sudahpun membuat draft untuk kontest berkenaan, dan sedang cuba memikirkan cara untuk pemilihan pemenang. Ia bukan kontest SEO, tetapi satu kontest yang memerlukan anda menggunakan daya berfikir serta kemahiran matematik tahap dewata raya .. ekekeke....

Ok. Itu tunggu ye nanti.

Buat penganjur kontest SEO - Contest Cari Duit Raya 2016, iaitu +Akma Omar terima kasih kerana anjurkan kontest ini sehingga membolehkan ramai blogger Malaysia mengasah skill masing-masing dalam teknik SEO. Terima kasih juga kepada barisan penaja-penaja hebat yang merealisasikan pertandingan berbentuk skill teknikal penulisan di blog.

Menerusi kontest ini, ramai yang sudah nampak siapa sebenarnya pakar SEO Malaysia kerana ada nama-nama rakan blogger yang biasa kita nampak dalam senarai pemenang kontest. Ehemm .. tak perlu sebut, sebab dah nampak dengan terang lagi jelas kat atas tuhhh ... huhu.

Oh ya, ada senarai pemenang lain untuk kategori share like paling tinggi. Kalau nak tahu, anda boleh lihat senarai tersebut di sini - Keputusan Contest Cari Duit Raya 2016 ....

Tahniah buat semua rakan blogger yang berjaya menang.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah!! tahniah menang contest tu! tertunggu-tunggu juga contest yang sifu nak buat nanti, hadiahnya wow! rm500! hehehe.

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement