Masalah Nameserver Punca Blog Tidak Boleh Diakses. Terkejut ala-ala beruk saya dibuatnya apabila secara tetiba blog tidak boleh diakses. Ini merupakan kejadian kedua berlaku dalam tempoh 3 bulan pada tahun 2016, dan masalahnya berpunca daripada nameservser yang direset. Kerana masalah nameservser (ns) yang salah, mengakibatkan blog tidak boleh diakses menerusi nama domain yang telah didaftarkan.

Pada kejadian pertama, saya telah ambil langkah untuk daftarkan nama domain blog saya di CloudFlare sebagai langkah untuk elak kejadian berulang. Tetapi, nampaknya ia tidak berjaya. Ia berlaku kerana nameserver yang memasukkan dns CloudFlare juga direset di dashboard domain name blog saya di SyokHost.

Disebabkan itu, saya terpaksa login ke dashboard domain name blog di SyokHost untuk tetapkan semula dns/nameserver yang betul agar blog saya boleh kembali seperti sediakala. Masalahnya ialah, saya terlupa alamat dan nama nameserver yang perlu dimasukkan.

Cara Selesai Masalah Nameserver Punca Blog Tidak Boleh Diakses

Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya cuba perkhidmatan Whois untuk mencari info mengenai blog saya - hasrulhassan.com. Dan berikut adalah hasilnya ..
Cara cari nameserver (ns) untuk domain name blog
Fuhh lega .. saya dah dapat tahu nameserver asal untuk nama domain blog saya yang masih lagi kekal menggunakan khidmat Blogspot untuk hosting ini. Jadi, saya buka dashboard untuk domain blog saya dan masukkan nameserver yang telah digunakan sebelum ini. Alhamdulillah, berjaya.

Guna Khidmat CloudFlare Untuk Sekuriti

Saya juga memasukkan dua lagi nameserver yang telah disediakan oleh CloudFlare sebagai langkah keselamatan untuk nama domain blog saya. Untuk mereka yang tidak tahu, CloudFlare menyediakan servis percuma untuk melindungi laman web dan blog dari terkena ancaman seperti serangan Malware dan ketirisan keselamatan.
Servis CloudFlare untuk blogger
Jika anda seorang blogger, anda patut gunakan servis CloudFlare ini. In Sha Allah, saya di entri akan datang dalam Tips Blogging akan buatkan satu tutorial cara nak setup. Ia tidaklah sukar tetapi ada rakan blogger yang pernah mohon saya menulis mengenainya.

3 Tips Jika Berhadapan Masalah Nameserver Domain Blog

Sedikit tips andai masalah blog tidak boleh diakses terutama untuk blog yang menggunakan domain sendiri.
  1. Simpan alamat nameserver untuk domain anda untuk rujukan akan datang.
  2. Hubungi pihak penyedia servis yang daftarkan nama domain blog anda jika masalah tidak selesai atau anda tidak pasti mengenai nameserver untuk domain blog anda.
  3. Gunakan Whois untuk pastikan blog anda menggunakan nama nameserver (ns) yang betul.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. banyak benda kena jaga kalau ada domain ni. ada hosting sdiri lagi bertambah kerja. senang stay tune dgn blogspot. tak payah pening2. biar google jer tolong jagakan.

    BalasPadam
  2. berdebarnya kalau blog ada problem mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Jangan risau, ramai je nanti boleh tolong.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement