Pada kejadian pertama, saya telah ambil langkah untuk daftarkan nama domain blog saya di CloudFlare sebagai langkah untuk elak kejadian berulang. Tetapi, nampaknya ia tidak berjaya. Ia berlaku kerana nameserver yang memasukkan dns CloudFlare juga direset di dashboard domain name blog saya di SyokHost.
Disebabkan itu, saya terpaksa login ke dashboard domain name blog di SyokHost untuk tetapkan semula dns/nameserver yang betul agar blog saya boleh kembali seperti sediakala. Masalahnya ialah, saya terlupa alamat dan nama nameserver yang perlu dimasukkan.
Cara Selesai Masalah Nameserver Punca Blog Tidak Boleh Diakses
Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya cuba perkhidmatan Whois untuk mencari info mengenai blog saya - hasrulhassan.com. Dan berikut adalah hasilnya ..
Guna Khidmat CloudFlare Untuk Sekuriti
Saya juga memasukkan dua lagi nameserver yang telah disediakan oleh CloudFlare sebagai langkah keselamatan untuk nama domain blog saya. Untuk mereka yang tidak tahu, CloudFlare menyediakan servis percuma untuk melindungi laman web dan blog dari terkena ancaman seperti serangan Malware dan ketirisan keselamatan.
3 Tips Jika Berhadapan Masalah Nameserver Domain Blog
Sedikit tips andai masalah blog tidak boleh diakses terutama untuk blog yang menggunakan domain sendiri.- Simpan alamat nameserver untuk domain anda untuk rujukan akan datang.
- Hubungi pihak penyedia servis yang daftarkan nama domain blog anda jika masalah tidak selesai atau anda tidak pasti mengenai nameserver untuk domain blog anda.
- Gunakan Whois untuk pastikan blog anda menggunakan nama nameserver (ns) yang betul.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
banyak benda kena jaga kalau ada domain ni. ada hosting sdiri lagi bertambah kerja. senang stay tune dgn blogspot. tak payah pening2. biar google jer tolong jagakan.
ReplyDeleteberdebarnya kalau blog ada problem mcm ni
ReplyDeleteSetiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Jangan risau, ramai je nanti boleh tolong.
Deletesgt berguna tips tu..tenkiu
ReplyDeleteMenakutkan juga kalau terjadi ni
ReplyDeleteMaaf bro HH.sy ada masalah carian di google blog not found / kena remove.tp bila sy buka di dashboard ok pulak..saya xtau apa puncanya..boleh bro bantu sy selesai mslh sy ni?
ReplyDeleteTerima kasih.
Blog not found? apa url blog?
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**