Saya telah melihat dua laman tersebut, dan dengan pengetahuan yang ada ... saya dapati apa yang cuba disampaikan oleh dua laman tersebut sah-sah cuba untuk memanipulasi pengetahuan asas seorang Muslim mengenai Al Quran dan Hadith. Dari situ, laman web ini cuba memberikan apa yang dikatakan sebagai 'dalil' dan 'bukti' bagi menidakkan kepercayaan seorang Muslim mengenai Islam.
Memang tidak bertanggungjawab.
Laman Web Isa dan Al Fatihah Nyata Mengelirukan
Dengan layout serta paparan yang 99.0% sama dengan laman web sebelum ini, ia cuba menyampaikan sesuatu yang memanipulasi ayat-ayat di dalam Al Quran, dan membandingkan dengan Kitab Injil yang mereka pegang dan percaya.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Pada hari ini, Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmatKu kepadamu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu.." (Al Maidah 5:3)
Dan lagi Allah S.W.T juga ada menyebut mengenai kebenaran Islam dari agama lain yang terdahulu di dalam ayat berikut:
"Wahai Rasul. Sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu. Kalau tidak kamu kerjakan, berarti kamu tidak menyampaikan risalahNya.." (Al Maidah 5:67)
Modus operandi laman-laman seperti ini semuanya sama, iaitu cuba memesongkan dan memperkenalkan Injil sebagai rujukan kepada umat Islam, dengan membandingkannya dengan apa yang telah disampaikan oleh Allah S.W.T menerusi Al Quran.
Cuba Menarik Perhatian Pembaca Muslim di Nusantara
Sekali pandang, ia nampak sebagai sebuah laman web yang mesra Islam, tetapi hakikatnya ia cuba untuk memikat pembaca di kalangan orang Islam agar mempercayai apa yang disampaikan dalam Injil, dan mengiyakan agama Kristian sebagai agama yang lebih benar daripada Islam menurut kitab-kitab Injil mereka. Walhal, Allah S.W.T telah mengatakan bahawa tiada agama selain agama Islam yang lebih benar dan sempurna.Sebagai membantu anda untuk kenal-pasti, saya senaraikan laman web dari cabang yang sama dengan laman web 'Isa dan Al Fatihah', dan laman web 'Isa dan Islam' yang nyata cuba memanipulasi seterusnya mengelirukan dan memesongkan pemahaman sebenar mengenai Islam seperti yang terkandung dalam Al Quran dan hadis.

Awas dengan laman-laman web yang sebegini. Jangan mudah percaya apa yang disampaikan, dan cubalah dapatkan nasihat daripada mereka yang mempunyai pengetahuan lebih tinggi andai anda rasa ada yang agak samar. Kena ingat, sekali anda berasa was-was dengan tali Allah S.W.T, anda mungkin boleh terjebak dalam perkara yang hampir dengan kekafiran.
Semoga kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T dan terhindar daripada terjebak daripada pengaruh yang boleh memesongkan kepercayaan atau akidah ini.
bahaya ni...budak2 zaman sekrng dah la byk yg belajar dr internet....
ReplyDeleteItu yang risau tu, dan ia muncul menerusi Google Ads pulak tu. Jangan terkejut kalau ia juga muncul di blog kepunyaan ustaz2
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.