Ramai yang sudah mula berkira-kira untuk mendapatkan kereta sedan pertama keluaran Perodua Bezza. Kereta sedan pertama Perodua yang bakal muncul dengan rasminya pada 21 Julai 2016 diperkenalkan dalam dua varian iaitu 1.0liter dan 1.3liter. Teka-teki sedang beredar mengenai harga kereta Perodua Bezza ini.

Setakat semalam (14 Julai 2016), saya mendapat info bahawa harga kereta sedan dengan teknologi mesra alam dan jimat petrol ini dijangka dijual pada julat harga kereta Axia Advance dengan Myvi Advance.

Harga Perodua Bezza Yang Dijangka

Harga Perodua Bezza
Dan hari ini, saya mendapat tahu bahawa harga jualan dijangka untuk kereta sedan Perodua Bezza ini adalah antara sekitar RM35,000 hingga RM50,000 setiap unit.

Update Harga Rasmi Perodua Bezza

Berikut adalah harga rasmi Perodua Bezza yang telah dikeluarkan. Harga Perodua Bezza adalah mengikut varian, 1.0L dan 1.3L, disamping diberikan harga untuk aksesori rasmi Perodua Bezza.
Ia mungkin harga yang munasabah kerana Perodua sendiri mengatakan bahawa Perodua Bezza akan menjadi kereta sedan berkualiti terbaik dengan harga mampu milik yang sangat mengujakan. Dengan kebanyakkan fungsi teknologi diambil dari Axia, ia bukan satu masalah untuk Perodua meletakkan harga sebegitu.

Sesuai Dengan Tagline - Melangkaui Kompak

Apatah lagi dengan tagline Perodua Bezza, iaitu 'Melangkaui Kompak' (Beyond Compact) memberikan gambaran bahawa ia sebuah kereta kompak yang ditransformasi menjadi sedan.

Video Perodua Bezza 2016

Jadi, bagaimana?

Agak berpatutan bukan andai benar harga Perodua Bezza diletakkan antara RM35K - RM50K seunit. Ia mungkin akan menjadi antara model dan jenama terlaris untuk suku akhir tahun 2016 atau setidaknya meletop jualan Perodua pada awal tahun 2017.

Warna Perodua Bezza 2016

Semalam (14 Julai), saya ada kongsikan beberapa gambar Perodua Bezza serta spesifikasi kereta sedan berteknologi hijau ini (EEV). Dalam post tersebut, saya gambarkan kekecewaan saya dari segi warna .. namun hari ini, saya mendapat tahu bahawa Perodua Bezza akan didatangkan dengan warna-warna menarik iaitu:
  • Coklat Sugar (warna baharu, untuk 1.3L sahaja)
  • Biru Ocean (warna baharu, untuk 1.3L sahaja)
  • Merah Lava
  • Hitam Ebony
  • Perak Glittering
  • Putih Ivory (solid)

In Sha Allah, mulai 16 Julai, Perodua Bezza akan mula dipamerkan di kesemua bilik pameran Perodua seluruh Malaysia, dan tempahan juga sudah boleh dilakukan mulai tarikh yang sama. Jadi, nak tahu bagaimana rupa Perodua Bezza dengan lebih dekat, bolehlah pergi ke mana-mana cawangan Perodua ye ..

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement