Perodua Bezza akan keluar dalam tiga variant iaitu Bezza Standard G, Bezza Premium X dan Bezza Advance, dan dibezakan lagi dengan variasi model enjin 1.0cc dan 1.3cc. Ia dikatakan sebagai model sedan keluaran nasional dengan harga paling berpatutan tanpa membelakangkan dari segi kualiti dan teknologi terkini.
Gambar dan Spesifikasi Perodua Bezza
Daripada sumber staff Perodua yang saya kenal, Perodua Bezza dibina di kilang barunya sama seperti keluaran Perodua Axia. Jadi tidak hairanlah kenapa spesifikasi Perodua Bezza ini ada ciri-ciri hampir sama dengan Perodua Axia, contohnya Eco Driving pada enjin VVT-i dan Dual VVT-i terbarunya. Ia juga tidak terkecuali dilengkapi sistem ABS dengan EBD pada semua variant, manakala teknologi push-start button diperkenalkan untuk model Bezza Premium X dan Bezza Advance.Spesifikasi Perodua Bezza - Kereta Sedan Pertama Perodua dengan Teknologi EEV
Gambar-gambar Perodua Bezza di atas telah dikongsikan oleh laman web kereta terbaru - Careta.my dan telah tersebar dengan meluas di beberapa blog serta laman sosial.Paultan.org - Laman automotif paling popular Malaysia juga ada menyediakan lebih daripada 20 gambar Perodua Bezza ini.
Gambar dan Foto Perodua Bezza 2016
Ok. Sekali pandang nampak menarik, tetapi saya kurang gemarlah dengan warna yang dipaparkan ni. Macam tak berapa nak best sangat, kelaammmm je.[Baca] Ketahui Cara Jana Pendapatan Sampingan Dengan UBER Tanpa Perlu Bawa Kereta
Apa Pendapat Saya?
Daripada gambar-gambar di atas, saya dapati apa yang ada di dalam kereta Perodua Bezza ini adalah lebih kurang sama dengan Perodua Axia Advanced. Banyak cirian yang sama ... huhu .... cuma isi enjin, keluasan kabin, dan beberapa fungsi kecil yang nampak sedikit beza. Sumber saya daripada Perodua mengatakan interior Perodua Bezza ini seakan seperti Toyota Vios, manakala harganya berlegar antara harga Axia dengan Myvi .. huhu...[Baca] Harga Rasmi Perodua Bezza Mengikut Varian
Pelancaran rasmi Perodua Bezza dijangka pada 21 Julai 2016 dan ia dijangka akan menggugat pasaran kereta sedan di Malaysia dek kerana harganya yang sangat menarik. Malah, ada pendapat mengatakan bahawa Perodua Bezza adalah versi Vios dengan penawaran harga jauh lebih rendah.
Saya harap kereta Perodua Bezza ini akan menjadi pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia untuk segmen sedan. Jangan gah je di pelancaran tetapi nanti hadapi masalah seperti mana kes isteri saya dengan Perodua Axia Advanced yang baru dimiliki seminggu ..
wow cantiknyaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteAda hati rasa nak membeli ke?
Deletedengarnya banyak jugak yg dah menempah perodua Bezza ni..patutlah husband kena o.t byak skrg, sehari kilang kena buat 400++ ekzos untuk Bezza ni..
ReplyDeletetempahan kereta Perodua Bezza hanya boleh dibuat mulai 16 Julai ..
Deleterasanya proton kena kerja lebih kuat lg pasni. huhu..
ReplyDeleteazhan
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**