Tempahan untuk kereta sedan pertama Perodua dengan ciri-ciri mesra alam ini telah pun dibuka pada 16 Julai 2016 yang lalu. Dan saya dapati sambutan hangat telah diberikan kepada kereta Perodua Bezza ini yang ditampilkan dalam 3 varian berlainan. Berdasarkan spesifikasi kereta Perodua Bezza yang didatangkan dengan enjin EEV ini, harga jualan (OTR) untuk kereta ini amat berbaloi dan ramai penganalisis menjangkakan ia bakal menjadi model sedan terlaris untuk suku akhir tahun 2016.
20+ Gambar Perodua Bezza Advance 1.3 (Bahagian Luar)
Apa yang menarik sangat mengenai kereta Perodua Bezza ini? Jom layan gambar Perodua Bezza varian Advance 1.3 untuk anda jamu mata terlebih dahulu sebelum pelancaran rasminya. Saya kongsikan dahulu gambar Perodua Advance 1.3 rekabentuk luar ... kata orang kena tengok body dulu, baru tengok isinya .. huhu .. bila body dah cun melecun, baru singkap apa di sebaliknya .. ye tak? ekekeke.....[Baca] Cara Jana Income Sampingan Dengan UBER - TANPA Bawa Kereta
Ini pula adalah gambar bahagian enjin Perodua Bezza 1.3 Advance yang dilengkapi ciri-ciri EEV, yang mesra alam dan mampu menjimatkan bahan api kenderaan. Ia satu teknologi yang berkesan, dan saya alaminya sendiri dengan kereta Perodua Axia Advance 1.0 yang sudah setahun menggunakannya.
Saya juga dah sediakan sejumlah 22 gambar untuk anda lihat ruang dalaman Perodua Bezza Advance 1.3 ini di artikel ini - Gambar Perodua Bezza Advance 1.3 (Ruang Dalaman)
Gambar Enjin Perodua Bezza Advance 1.3
Dan berikut pula adalah harga rasmi untuk varian kereta sedan Perodua Bezza ini ... amacam? menarik tak? Boleh beli? Huhuhu ....Kredit Gambar: Paultan.org
cantik..nasib baik dh ada keta..huhu
ReplyDeleteTarget dia untuk mereka yang pkai kereta kompak nak tukar ke sedan. Jadi, mungkin ada yang akan tukar kereta baru tahun ni .. hehe
Deleteala... cc 1.0 je..hehehe... keretanya besar...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**