Malah, anda boleh letakkan video dalam bentuk slide. Ia sangat sesuai buat blog yang selalu hidangkan drama tv online berangkaian atau berepisod di dalam blog. Hanya muat naik video tersebut, dan kemudian boleh senaraikan dalam bentuk slide mengikut episode.
Cara Mudah Letak Slide Show Dalam Post
Ini antara cara mudah yang saya dah cuba, iaitu dengan menggunakan servis percuma yang disediakan oleh Cincopa. Anda hanya perlu pilih template skin yang sesuai, upload video atau gambar, dan kemudian dapatkan embedded code untuk diletakkan dalam blog post. Malah, anda boleh letakkan ia sebagai widget di sidebar blog anda.Contoh di atas adalah salah satu template slideshow yang telah saya uji dalam salah satu blogpost saya. Slideshow ini boleh diperbesarkan untuk paparan gambar lebih besar, dan lebih jelas. Anda boleh letakkan penerangan bagi setiap gambar, dan slideshow ini juga dioptimasi untuk SEO (Search Engine Optimization).
Tutorial Letak Slideshow Bergambar/Video di Dalam Entri Blog
Cara-caranya ialah ...1. Login ke laman web Cincopa, secara mudah dan senang, hanya gunakan Facebook atau Google Profile. Kalau tak nak, boleh daftar guna email anda.
2. Pilih sumber gambar atau video untuk dimuat-naik. Ada beberapa pilihan:
- Muat-naik terus dari PC anda.
- Pilih daripada galeri gambar yang tersedia (gambar-gambar lama yang dimuat-naik sebelum ini)
- Muat-naik dari akaun email anda.
- Rekod video dan gambar menerusi webcam yang ada di PC.
- Menerusi akaun Dropbox.
- Muat-naik dari akaun Instagram anda.
- Muat-naik dari URL gambar atau video
4. Customization untuk skin. Pilih paparan yang sesuai - samada untuk desktop, untuk tablet dan jenis iPhone.
5. Pilih dan muat-naik gambar atau video yang mahu anda jadikan slideshow tersebut.
6. Dapatkan kod embedded yang telah disediakan, salin (copy) dan tampal (paste) dalam ruangan HTML blog post anda. Lihat pada bahagian tepi ada pilihan jenis platform blog.
Siap. Anda boleh terus publish dan lihat hasilnya. Nak tengok slide show saya tak? Cuba tengok versi online foto Hari Raya 1437H kami anak beranak berbaju biru ... - https://cincopa.com/~AEOA0q9tOc7m
Orait. Selamat mencuba.
menarik...tak berat ke nanti
BalasPadamsaya buat tak dapat show, apa masalah agaknya
BalasPadamtq ,, senang nak letak pic banyak2 n nmpak menarik :)
BalasPadamTHANK YOU
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.