Mana blogger yang tidak ambil peduli mengenai bounce rate mungkin tidak peduli soal kualiti blog. Bounce rate adalah salah satu cara untuk ukur tahap kualiti blog anda dari sudut singgahan pelawat blog. Kalau ikut definasi am mengenai bounce rate, ia adalah kadar peratusan pelawat yang meninggalkan blog setelah pertama kali ia datang.

Bermakna, berapa jumlah (dalam peratus) pelawat yang datang singgah pertama kali dan kemudian terus keluar dari blog anda, tanpa singgah ke entri lain dalam blog. Jika nilainya tinggi, maka ia sangat tidak bagus kerana pelawat hanya berminat pada satu-satu tajuk sahaja tanpa membaca tajuk yang lain.

Tips Trik Dapat Bounce Rate Blog Rendah

Selalunya blog berkaitan informasi akan sering menerima kunjungan seperti ini. Pelawat singgah baca atas sebab kata kunci tertentu, dah dapat maklumat .. kemudian tinggalkan blog tersebut. Pelawat tidak berminat mahu membaca topik yang lain kerana berasakan tidak relevan dengan apa yang dia mahu baca atau ketahui.
Tips Trik Dapat Bounce Rate Blog Rendah
Ada banyak sumber untuk ukur nilai bounce rate ini, yang paling popular ialah dengan menggunakan Google Analytics. Kalau anda blogger blogspot, memang wajar letakkan kod Google Analytics ini untuk melihat statistik pelawat yang hadir ke blog.

Bounce Rate Lebih 60% Tidak Bagus

Menurut Google Analytics, mana-mana blog atau laman web yang merekodkan kadar peratusan bounce rate yang melebihi 60% .. maka blog tersebut mempunyai masalah dari segi isi kandungan berkualiti. Namun, terdapat pakar-pakar mengenai blog yang mengatakan bahawa Google Analytics tidak mengambil kira soal tempoh atau jangkamasa pelawat berada di dalam blog sebagai faktor pengiraan bounce rate ini.

Ramai antara mereka berpendapat, kadang pelawat singgah ke satu-satu entri kerana informasi yang diberikan adalah tepat dan benar ... lalu membacanya sehingga habis. Ini menunjukkan bahawa apa yang diberikan kepada pembacanya adalah merupakan isi kandungan yang bagus sehingga pelawat tersebut habiskan tempoh tertentu untuk baca satu artikel tersebut. Lepas mendapat info yang sangat lengkap itu, maka pembaca tersebut akan meninggalkan blog tersebut.

Kalau ikutkan Google Analytics, kelakuan pembaca seperti ini pasti akan meningkatkan kadar bounce rate blog tersebut... kerana ia tidak baca entri yang lain, walhal pembaca tersebut telah berpuas-hati dengan artikel pertama ia baca.

Guna Faktor Tempoh Untuk Kurangkan Bounce Rate Blog

Untuk itu, saya mahu kongsikan satu tips atau mungkin satu trik untuk olah kod Google Analytics untuk blog yang hadapi masalah bounce rate yang tinggi ini.

Saya dah cuba gunakan tips dan trick ini pada awal bulan June 2016, dan hasilnya adalah sangat bagus sekali. Cuba anda lihat perbezaan ketara yang telah berlaku kepada kadar bounce rate blog ini:

Bounce Rate Bulan Jun 2016

 Bounce Rate Bulan Mei 2016

Nampak beza sangat bukan? Bounce rate blog ini turun mendadak dari 88.26% pada Mei 2016- yang sangat tidak bagus menurut Google Analytics .. menjadi 35.23% untuk bulan Jun 2016.

Apa yang telah saya lakukan adalah hanya menambah satu baris kod pada kod asal Google Analytics dalam HTML blog saya yang meletakkan kadar tempoh sebagai salah satu faktor pengiraan bounce rate ini:

<script>
<!-- Part Pertama Google Analytics -->
  (function(i,s,o,g,r,a,m){i[&#39;GoogleAnalyticsObject&#39;]=r;i[r]=i[r]||function(){
  (i[r].q=i[r].q||[]).push(arguments)},i[r].l=1*new Date();a=s.createElement(o),
  m=s.getElementsByTagName(o)[0];a.async=1;a.src=g;m.parentNode.insertBefore(a,m)
  })(window,document,&#39;script&#39;,&#39;https://www.google-analytics.com/analytics.js&#39;,&#39;ga&#39;);

  ga(&#39;create&#39;, &#39;UA-36032534-1&#39;, &#39;auto&#39;);
  ga(&#39;send&#39;, &#39;pageview&#39;);

<!-- Tambahan -->
setTimeout(&quot;ga(&#39;send&#39;,&#39;event&#39;,&#39;Profitable Engagement&#39;,&#39;time on page more than 3 minutes&#39;)&quot;,180000);
</script>

Lihat pada bahagian tambahan tu, saya letakkan had tempoh selama 3 minit untuk menjadikan post itu sebagai post berkualiti, memberikan isyarat pada Google Analytics bahawa jika pelawat membaca mana-mana artikel di dalam blog lebih daripada 3 minit, maka ia akan dianggap sebagai post yang memberikan impak kepada pembaca tersebut.

Cubalah letak kod Google Analytics ke dalam blog anda dengan penambahan di atas... iaitu:

setTimeout(&quot;ga(&#39;send&#39;,&#39;event&#39;,&#39;Profitable Engagement&#39;,&#39;time on page more than 3 minutes&#39;)&quot;,180000);

Dan lihat hasilnya nanti setelah sebulan atau dua bulan implementasi.

Oh ya, jangan tersilap ambil kod Google Analytics ye. Kod asal di atas adalah kod HTML Google Analytics untuk blog ini, jangan pula salin... anda perlu ambil kod tersebut daripada laman Google Analytics anda sendiri ye .. lihat seperti ditunjukkan di bawah ini ...
Masukkan ia sebelum penutup body blogspot anda.

[Baca] Dua Teknik Terbukti Rendahkan Kadar Bounce Rate

Semoga berjaya.

17 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sangat bermanfaat untuk newbie as me.

    BalasPadam
  2. okay menarik juga.. boleh terus cuba ni tengok effect nye camna.. terima kasih..

    BalasPadam
  3. hahhaa..pas baca pasal bounce rate tadi, terus tengok tutorial ni..terima kasih sifu! dah buat dah..

    BalasPadam
  4. Ohh macam tu. Lebih kurang sama dengan cara penggunaan Google Tag Manager. Tapi 3 minit tu kira sangat power. Hebat & Tahniah Bang Hasrul.

    BalasPadam
  5. Nak cuba jugak la sbb bounce rate blog cn mmg tggi 😑

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah sy dah follow step yang tuan HH ajar.terima kasih

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, memang menjadi. Dari 66% jadi 40+-%

    BalasPadam
  8. dah try, hope berjaya lah BR akan turun...

    BalasPadam
  9. kalau pembaca baca tak sampai 3 minit mcm mana ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadar bounce rate akan naik. Leh turunkan nilai 3 minit tu dalam kod di atas.

      Padam
  10. Good sharing HH. Tapi kalau bounce rate terlalu rendah? Mcm blog cikla bounce rate around 3% gitu

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas ilmu ni. Dari hampir 100% minggu lepas sekarang semakin menurun 83.5% . Harap harap bertambah baiklah... dulu sikit je bounce rate.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement