Takziah diucapkan kepada keluarga Prof Madya Izzi Ali, pakar motivasi yang terkenal dengan tagline .. "Renung-renungka, dan selamat beramal". Dengan tagline ini, semua orang akan teringat dan sebut nama beliau. Begitulah jenama nama Profesor Izzi Ali dikenali di Malaysia.

Profesor Madya Izzi Haji Ali telah dilaporkan meninggal dunia pada hari Jumaat, 24 hb Jun 2016 bersamaan 19 Ramadhan 1437H, di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Allahyarham Izzi atau nama sebenarnya Md Izuddin Ali yang juga pakar motivasi meninggal dunia akibat serangan angin ahmar kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Takziah Keluarga Md Izuddin Ali @ Prof Madya Izzi Ali

Jenazahnya dijadual akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu pada pukul 8 pagi Sabtu, 25 Jun 2016.

Allahyarham adalah bekas pensyarah Matematik di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis; dan mula popular menerusi Tazkirah pagi di radio Hot FM. Malah, beliau juga pernah muncul dalam beberapa program TV yang berkonsepkan motivasi.

Menerusi laporan oleh rakan blogger di MyNewsHub, Prof Madya Izzi Ali ada memuatkan satu gambar dengan kapsyen "walau ramadhan akan ditempuhi, belum tentu melaluinya’ sekali gus memberi makna yang cukup mendalam di laman twitternya pada 6 Jun 2016.
Menurut MyNewsHub lagi... "Selain itu, Prof. Izzi turut berkongsi pesanan seorang ustaz pada 11 Jun lalu yang berbunyi “Tika Abu Talib nak mati, kiri kanan ada Abu Lahab & Abu Jahal serta di kaki ada Abu Sufian. Nabi SAW di kepala suruh beriman kepada Allah tapi dia enggan kerana lebih ikut kata-kata TIGA ABU ITU.. matilah dia dlm kafir… Moga kita tak tergolong orang seperti ni."

Mungkin ada di antara kita yang tidak begitu gemarkan beliau atas sebab-sebab dan isu tertentu. Namun, sebagai manusia, adalah menjadi kewajipan memaafkan setiap kesalahan dan kesilapan sesama muslim, apatah lagi di bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Allah Maha Adil, lagi Maha Pengampun dan Maha Penyanyang.

[Baca] Tanda-Tanda Mati Bermula dari 100 Hari Sebelum Kematian

Sekali lagi, saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada ahli keluarga, sahabat handai Prof Madya Izzi Ali. Saya sejujurnya mengakui, banyak kata-kata motivasi dari beliau yang telah memberi kesan ke atas kehidupan saya. Ingatannya terhadap agama setidaknya telah menggerakkan hati saya yang selama ini lesu dan layu. Terima kasih.

Al Fatihah. Moga segala kebaikan dan ilmu bermanfaat yang diberikan kepada masyarakat akan memudahkan urusan selepas ini .. in Sha Allah.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement