Memang banyak kes penipuan melibatkan agensi-agensi kerajaan secara online. Ada yang wujudkan laman web palsu dengan menggunakan teknik meniru laman web rasmi atau laman akses kerajaan tertentu. Ada pula yang bina laman web serta blog menggunakan logo agensi kerajaan semata-mata untuk mendapatkan butiran-butiran peribadi pengunjung dan macam-macam lagi.
Awas Jangan Diperdaya Dengan Laman Web BR1M Palsu

Mari lihat beza antara kedua laman web tersebut... moga perkongsian saya ini boleh berikan lebih info dan elakkan daripada menjadi mangsa penipuan dan kehilangan data peribadi.
Laman web BR1M Palsu

- Ada iklan daripada Google Adsense.
- Tidak menggunakan pengakhiran GOV pada URL atau alamat laman web, yang dikhaskan untuk singkatan government atau kerajaan rasmi.
- Tiada maklumat mengenai email, nombor telefon untuk dihubungi, serta alamat pejabat rasmi.
- Tiada capaian lain untuk ke informasi berkaitan.
- Maklumat di dalam laman web palsu biasanya tidak lengkap.
- Tidak menggunakan akses atau protokol selamat (secure) - https://
Untuk info, akses ke laman web Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah menerusi pautan berikut - https://ebr1m.hasil.gov.my
Dan laman web rasmi untuk membuat semakan penerimaan BR1M 2016 adalah seperti berikut - https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2016
Paparannya adalah seperti di bawah ini ...


Sampaikan info ini kepada orang lain ye ...
bahayanya
ReplyDeletethanks for sharing info penting ni
ReplyDeleteterima kasih untuk info. macam2 cara nak curi maklumat orang neh
ReplyDeleteRasanya ni nak dapat trafik adsense je ni...Boleh semak ke? Rasa macam xboleh...huhu..
ReplyDeleteAdoiii!!! cerdik tapi guna untuk menipu pulak
ReplyDeletebudak2 adsense punya keje la ni.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.