Jualan Tiket ETS Intercity Sempena Raya Aidilfitri 2016. Sebagai salah seorang pengguna KTM ETS Intercity, saya sukacita untuk berkongsi informasi ini kepada semua yang mungkin mahu membuat tempahan awal tiket keretapi KTM ETS dan Intercity sempena Hari Raya Aidilfitri 2016.

Info mengenai jualan tiket untuk musim perayaan ini telah pun dimaklumkan menerusi semua stesen KTM. Jualan tiket KTM untuk hari raya telah dibuka bermula dari 3 Jun 2016 di semua stesen serta menerusi tempahan online. Untuk makluman, servis tempahan tiket menerusi telefon telah ditamatkan, dan tiada servis tempahan tiket menerusi email disediakan, jadi jangan terkeliru tentang info terkini ini.

Jualan Tiket ETS Intercity Sempena Raya Aidilfitri 2016

Sebanyak 333,000 tiket KTM ETS dan Intercity telah disediakan untuk orang ramai membuat tempahan awal. Ia adalah untuk perjalanan bermula dari 24 Jun 2016 sehingga 17 Julai 2016.

Jualan Tiket ETS Intercity Sempena Raya Aidilfitri 2016
Jangan lupa untuk baca tips personal saya untuk travel menaiki KTM ETS ini di post berikut - Tips Untuk Travel Menaiki KTM ETS

Tips tambahan ... jangan lupa untuk periksa nombor Tren, nombor Koc dan nombor tempat duduk. Paling penting nombor tren ETS, sebab selalu akan keliru di situ kerana ETS ada banyak tren yang sama perjalanan tetapi berbeza waktu dan jenis perjalanan. Serius .. ramai penumpang yang terpaksa berdiri dan turun di stesen seterusnya kerana kesilapan ini.

Untuk membuat tempahan secara online - https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/login.aspx

Semoga bermanfaat.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement