Mari faham dulu konsep UBER ni. Kalau tak faham, jadi susahlah sikit anda nak tahu tentang cara UBER membayar apa yang anda lakukan. Lagi-lagi bab bahawa UBER akan bayar anda walaupun anda tidak memandu kereta untuk perkhidmatan UBER.
Bagaimana Buat Duit UBER Tanpa Bawa Kereta?

Dalam UBER, ada 3 cara anda jana income menerusinya...huhu... errkk .. tak tahu? Aha .. ini rahsia, hanya yang mereka dah daftar dengan UBER sahaja yang akan tahu. Tiga cara menjana income sampingan menerusi UBER adalah seperti berikut:
Tiga Cara Jana Pendapatan Menerusi UBER
Menjadi pemandu UBER
Rasanya semua orang dah tahu teknik ini. Apa perlu dibuat ialah dengan daftar diri anda sebagai pemandu UBER dan daftarkan kereta anda sebagai kereta UBER. Apa yang diperlukan ialah MyKad, lesen memandu dan sijil insurans kereta anda. Jika anda tidak boleh upload dokumen yang diperlukan, mereka akan hubungi anda untuk bolehkan anda berikan salinan dokumen di tempat anda. Katakan anda daftar UBER di Penang, nanti mereka akan SMS untuk bertemu dengan anda bagi lengkapkan pendaftaran sebagai pemandu UBER.Menjadi sebahagian daripada UberDOST
Jeng.. jeng ... jeng. Saya pasti ramai tak tahu tentang teknik dan cara ni. Menerusi UberDOST, anda boleh dapat income hanya dengan refer pemandu UBER yang baru. Anda akan dibayar bagi setiap trips yang telah dilengkapi oleh pemandu UBER tersebut. Anda tak perlu bawa kereta pun. Duduk je kat rumah, buka aplikasi ini, dan mula refer pemandu baru. Lihat income menerusi UberDOST di bawah ini .. huhu...
Sertai Sebagai UBP
Satu lagi cara menjana income menerusi UBER ialah dengan mendaftar sebagai Uber Business Partner (UBP). Kalau anda ada syarikat sendiri, boleh daftar menjadi UBP ni. Anda akan dibayar sebanyak RM20 untuk setiap pendaftaran baru. Agak-agak anda, kenapa ada syarikat teksi yang mula daftarkan pemandu teksinya sebagai pemandu UBER? ... duit mudah dari sumber yang dah sedia ada. Dan di beberapa tempat, ada kaunter syarikat bas ekspress yang daftar sebagai UBP ni, mereka daftarkan dengan UBP, dan mereka gandakan income dengan teknik kedua yang saya beritahu tadi, menggunakan UberDOST.
2 Kaedah Tanpa Perlu Bawa Kereta UBER
Daripada 3 cara di atas, kaedah 2 dan kaedah 3 tidak memerlukan anda untuk menjadi pemandu UBER, dan tidak perlu membawa kereta UBER. Apa yang perlu anda lakukan ialah seperti apa yang saya ceritakan tadilah ... iaitu mempromosikan UBER ini samada kepada pelanggan yang nak naik UBER mahupun kepada sesiapa yang mahu jadi pemandu UBER.Berapa income yang boleh anda dapat?
Apabila sebut pasal income ini, mudah cerita .. jika anda rajin, maka banyaklah dapat, walaupun kerjanya tidak memerlukan anda untuk keluar rumah mahupun memandu kereta UBER. Jadi, ia mudah senang dari segi anda tidak memerlukan banyak keringat fizikal untuk buat duit dengan UBER ini.
Nak tengok income? Boleh lihat income tersebut di sini - Bukti Income UBER Tanpa Bawa Kereta
Dengan UberDOST, anda boleh cepatkan pendaftaran pendaftaran baru dengan menggunakan SMS. Anda tetapkan tempat untuk bertemu dengan anda, dan anda bantu mereka daftar percuma dengan bawa dokumen berkaitan untuk pengesahan. Contoh macam di bawah ni ...

Lumayan tak? Terbeliak mata? Haha .. tapi ada rahsianya .. jeng jeng jeng.
Jangan tak tahu, UBER ni bukan setakat kat Malaysia je ada. Kat serata dunia ada perkhidmatan ni. Bayangkan anda boleh refer seorang pemandu baru yang duduknya di Eropah, di US, di Canada, di mana-manalah yang ada servis ni. Mereka bayar USD, Pound Sterling, untuk servis UBER yang mereka ambil. Jadi, agak-agak berapa komisen leh dapat dalam duit Malaysia?
Jangan Ketinggalan Promosi dari Uber Untuk Lebih Income
Dan pihak UBER pula, dari semasa ke semasa ada promosi tertentu untuk memeriahkan UberDOST menjana lebih income. Huhuhu pemandu Uber pun tak tahu pasal ni .... hehehe. Contohnya untuk Ramadhan 2016:
Berminat nak tahu lagi teknik ni tak? Info di pautan berikut [+] Rahsia Uber
Saya dalam proses mempromosi teknik ni kepada lebih ramai orang yang mungkin nak jana income sampingan. Kalau anda fikir apa yang saya beritahu ini boleh bantu sesiapa yang anda kenal, maka kongsilah ye. Oh ya, syor kongsikan kepada rakan anda yang berada di Johor Bharu, Melaka, Lembah Klang, Ipoh, dan Penang.
Semoga dapat dimanfaatkan.
Berminat juga nak tahu bagaimana nak buat dengan uber tanpa jadi driver uber ni..banyak peluang nak jana pendapatan ni
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.