Bumi kita dah semakin nazak. Walaupun masyarakat secara amnya sedar akan masalah seperti bumi panas, kesan rumah hijau, kerosakan ozon, tempat pelupusan sampah yang semakin tenat, tapak pelupusan sampah yang tidak efisien dan sebagainya ... masih ramai yang tidak ambil langkah proaktif untuk memelihara apa yang masih ada.
Warga Penang Wajib Asing Sampah Mulai Jun 2016

Fakta Mengenai Sampah Warga Penang
Sedikit fakta untuk dikongsikan kepada semua ...- Setiap warga Pulau Pinang menjana sekurang-kurangnya least 1.1 kg sampah setiap hari.
- 1700 hingga 1800 tan sampah dihantar ke Pusat Pengumpulan/Pelupusan Sampah di Pulau Burung setiap hari.
Asingkan Sampah Dua Kategori
Warga Penang wajib mengasingkan sampah bermula 1 Jun 2016, dengan mengasingkan dua kategori sampah seperti di bawah ...
- Sisa Baki - Sisa makanan dan sisa kotor
- Sisa Kitar Semula - Kertas, plastik, kaca, tin yang telah dibersihkan dan kering.
Alhamdulillah, kami sekeluarga sudah memulakan langkah tersendiri sejak 2 tahun yang lalu. Apabila pihak majlis beritahu bahawa pengutipan untuk pengasingan pepejal akan bermula pada 1 Jun 2016, dengan pengutipan untuk sisa kitar semula dibuat setiap Sabtu, maka kami telah sediakan dua tong sampah untuk bantu proses pengasingan sampah.
Disebabkan memang dah ada dua tong sampah, maka isteri saya cari inisiatif membezakan dua tong sampah berbeza dengan mengecat salah satu tong sampah untuk bahan atau sisa kitar semula. Oh ya, tong sampah ini dibeli sendiri, hasil daripada duit jual besi buruk dan surat khabar lama .. huhu.


Untuk info lebih lanjut mengenai Pengasingan Sampah di Punca untuk warga Pulau Pinang, anda boleh rujuk laman berikut - http://www.pgc.com.my

BAGUS INFO NI .
BalasPadamharap lepas ni seluruh negara buat mcm ni.
BalasPadaminisiatif yang bagus
BalasPadamKat Kuantan daa lama buay pengasingan sampah..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.