Lan Catering, pilihan bajet terbaik untuk katering masakan kampung. Lan Catering diusahakan oleh sepasang suami isteri, yang merupakan antara rakan karib isteri saya. Bermula dengan hanya mengambil upah menyediakan servis makanan kecil-kecilan dan sesama rakan, akhirnya pasangan suami isteri ini menjalankan perniagaan katerer secara serius.

Pertama kali saya mencuba masakan dari 'Lan Catering' ini adalah semasa berkunjung ke kediaman mereka di Puchong. Memang tidak sangka sama sekali bahawa seorang bekas pemandu lori dapat menyediakan Nasi Hujan Panas yang sedap, dan Ayam Masak Merah yang menyelerakan. Yup .. masakan dari air tangan lelaki memang hebat penangannya ... apatah lagi apabila saya dapat tahu bahawa 'Lan' belajar dari seorang chef. Puas tanya siapa ... rahsia katanya.

Lan Catering - Pilihan Bajet Katering Masakan Kampung


Kali kedua saya merasa masakan daripada Lan Catering adalah semasa Reunion Sekolah Seri Utama, Sungai Besar yang dibuat di Sungai Kelah, Sungkai. Fuhh .. memang terbaiklah .. macam-macam menu masakan disediakan oleh Lan Catering. Dan alhamdulillah, semuanya sedap-sedap .. almaklumlah masakan kampung. Paling best, masakan disediakan dan dimasak di lokasi .... boleh bayangkan tak? Segala periuk belanga, kuali besar diangkut nuhhhh jauh semata untuk memastikan makanan disediakan 'segar' dan dalam keadaan baru dimasak.

Kawasan Servis Katerer/Katering

Sekarang Lan Catering sudah makin dikenali khususnya kerana menu masakan kampung yang sedap. Servis katerer yang disediakan oleh mereka meliputi kawasan Lembah Klang, terutama sekitar Puchong, Kuala Lumpur, Klang, Putrajaya, serta Shah Alam. Paling tak disangka ialah, mereka bukan sekadar menyediakan servis menjamu makanan dan minuman, kini dalam bentuk pakej termasuklah penyediaan khemah, hiasan dan sebagainya.

Servis katerer atau katering yang disediakan oleh mereka bukan sekadar untuk jamuan kecil dah sekarang, tetapi sudah mencakupi kenduri kendara, jamuan pejabat, jamuan majlis harijadi, dan banyak lagi. Apabila dah ada pakej ni, maka ... memang mantaplah ... meja dihias, hidangan dihias .. dan boleh dikatakan ia bukan sekadar makanan sedap dirasa, tetapi indah dilihat. In Sha Allah, Lan Catering adalah pilihan katering dengan bajet yang mampu.

Servis merangkumi:
  • Kenduri kendara
  • Makan minum untuk seminar
  • Majlis harijadi
  • Jamuan pejabat termasuk pejabat kerajaan
  • Majlis kesyukuran
  • Jamuan perpisahan
  • Take-away
  • Makan tengahari, minum petang
  • Jamuan keraian
  • Jamuan Hari Raya


Menu dan Hidangan Masakan Melayu Tradisional

Alhamdulillah, dengan bisnes yang makin berkembang .. juadah pun sudah dipelbagaikan tetapi masih lagi kekal dengan tema utama iaitu masakan Melayu, masakan kampung yang memang sentiasa evergreen dan mendapat permintaan tinggi.

Kalau anda mahu mendapatkan khidmat katering atau katerer terbaik dan paling penting sesuai dengan bajet anda, maka saya syorkan untuk anda dapatkan quotation dari Lan Catering ini. In Sha Allah, anda akan merasa puas hati sebab saya tahu, pasangan ini akan memastikan bahawa kepuasan anda terjamin.






Berdaftar SSM, Kementerian Kewangan Kategori Bumiputera

Oh ya, perniagaan mereka ini berdaftar dan berlesen dengan SSM dan juga Kementerian Kewangan, dan dikategorikan sebagai perniagaan katerer Bumiputera. Jadi, Lan Catering juga sedia menyediakan servis katering untuk mana-mana Jabatan Kerajaan untuk apa-apa majlis dan keramaian.

Untuk info, tempahan, serta sebut harga dan pakej katering ... anda boleh hubungi info dibawah:

Lan Catering (SA 0276491-H)
Puchong Selangor
Tel/SMS/WhatsApp: 010-2417208 (Encik Rosli) / 019-6964292 (Puan Nora)
Email: lancateringg@gmail.com

Lan Catering menawarkan anda menu masakan kampung terbaik, 100% tradisional, dan in Sha Allah, sesuai dengan bajet anda. Saya dan isteri dah mencuba masakan dari pasangan Encik Rosli dan Puan Nora, malah ramai pelanggan yang berpuas-hati dengan servis yang diberikan .. masakan sedap, selera kena dengan tekak .. dan in Sha Allah .. bersih dan halal. Cubalah ..

[full_width]

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Seronok melihat anak bangsa maju dalam perniagaan...alhamdulillah...

    BalasPadam
  2. Saya dah pernah cuba Lan Catering utk program di UM, memang bagus servis yang diberikan oleh mereka ni.
    Saya recommended .. ENcik Rosli seorang yang bertanggungjawab, kalau ada apa2 tak kena, dia akan
    cari penyelesaian sampai dapat.

    BalasPadam
  3. Servis yg baik pasti akan diingat orang..moga2 perniagaan mereka bertambah maju

    BalasPadam
  4. Very inspiring..daripada seorang pemandu lori hingga boleh maju berbisnes katering.. Tahniah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement