Elakkan rasa kecewa andai nampak bahawa statistik blog menampakkan nilai yang tak berapa nak best. Malah, jadikan ia satu peringatan bahawa anda perlu memantapkan penyampaian serta entri di dalam blog. Bagi saya, sebuah blog memerlukan trafik yang baik agar ia boleh menjana pendapatan, apatah lagi andai bergantung dengan platform pengiklanan seperti Nuffnang, Adsense, Innity dan seumpamanya.
8 Cara Elakkan Rasa Kecewa Trafik Blog Jatuh

- Tulis entri baru yang bersandarkan kepada isu semasa, berikan pendapat secara pro dan kontra. Tambahkan dengan maklumat-maklumat yang berguna. Contohnya seperti sekarang, fenomena El Nino dan kemarau ..... boleh berikan tips yang ada kaitan samada lansung dengan tidak langsung. Anda boleh tulis 10 tips dan panduan yang ada hubung-kait dengan dugaan ini.
- Buka Google Webmaster Tools, dan submit kembali sitemap blog anda. Trafik jatuh mungkin disebabkan oleh robot enjin carian ...
- Buka Google Analytic dan lihat entri-entri yang sebelum ini memberikan trafik tinggi, dan kongsikan entri itu sekali lagi di laman sosial terutama sekali Facebook. Tapi, kena pastikan samada entri itu masih nampak segar atau tidak. Jika perlu, ubahsuai entri tersebut.
- Buat satu giveaway atau contest mudah untuk tarik trafik. Atau boleh sahaja jadi penaja kepada mana-mana contest yang diadakan.
- Rajinkan diri untuk blogwalking dan blog-hopping; tinggalkan komen. Setidaknya anda memberikan trafik kepada blog lain, dan elakkan mereka berasa kecewa ... dan anda mungkin akan dapat idea untuk menulis entri baru di dalam blog.
- Kongsi gambar cantik di dalam blog anda. Kekuatan gambar boleh membantu blog mendapat trafik yang tidak dijangka.
- Kongsi ayat-ayat motivasi dan nasihat, ia adalah sebagai cara untuk anda kuatkan mental dan menghilangkan rasa kecewa dalam diri.
- Sedekah dengan kemampuan yang ada. Sedekah adalah senjata untuk mendapatkan kebahgiaan, gunakan ia apabila hadapi cabaran seperti ini.
[Baca] Cara Tingkatkan Trafik Blog Guna Keyword Carian
Maka, cuba jadikan satu hari untuk blog anda memberikan sesuatu kepada orang lain ... in Sha Allah, esok lusa anda akan nampak keajaibannya yang tidak disangka.
wah , tips yang bagus . insyallah ain cuba apply kan . terima kasih !
BalasPadamTerima kasih ... :) jangan kecewa ehh .. adat dalam dunia blog ... biasalah turun naik.
PadamCantek penerangan HH...tips sangat berguna..isyaAllah sy akan follow tips ni.
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih Lokman ...
PadamTerima kasih HH atas nasihat. Bersemangat balik, nak taip entry :)
BalasPadamSebagai blogger baru banyak teknik yang saya kena belajar. Kadang-kadang give up juga..tapi bila baca entry abg HH ni alhamdulillah rasa semangat semula..terima kasih abg HH..😉
BalasPadamAskm.
BalasPadamTrafik blog saya agak stabil jumlahnya sekarang tetapi berharap boleh naik dengan banyak lagi. Sehari dapat 1/4 dari blog HH pun jadilah buat permulaan :-))
Berusaha dengan ilmu .. in Sha Allah boleh punya.
PadamTerima kasih bro HH. Saya punya visitor lbh kurang 100 hari-hari, sama ada ada post atau tiada. Sy dah jarang menulis juga.
BalasPadamMenulis tak boleh dipaksa .. apabila ada idea, barulah sambung kembali.
Padambro, tips terbaik!
BalasPadamterima kasih
Bukan senang nak maintain traffik tinggi..:(
BalasPadamblogger baru sedang blogwalking. huhu
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.