Alhamdulillah, di Malaysia .. terdapat banyak produk yang berasaskan kepada ramuan dan formula pemakanan Islam dan as-Sunnah ini. Antara yang terkini ialah Triple-M dan juga Meka Vinigar. Dua produk ini telah diformulasikan menggunakan sumber semulajadi oleh penyelidik tempatan, bersandarkan apa yang terkandung di dalam Al Quran dan Hadith.
Diet Kesihatan Muslim Dengan Triple-M & Meka Vinigar


Beberapa rakan blogger telah berkesempatan untuk mendengar taklimat dan mengikuti pelancaran kedua-dua produk ini. Kesemua rakan saya mengakui bahawa produk ini memang bagus, malah ia merupakan antara produk seumpamanya di Malaysia. Alhamdulillah, saya sebagai seorang lelaki kacak yang ada masalah dengan kadar kolesterol serta kencing manis telah diberikan sampel percuma untuk mencuba produk ini. Jom kita lihat apa kelebihan yang ada kepada kedua-dua produk dari Mekaray Ventures ini ....
Triple-M (Meka Miracle Meal)

"Daripada Aishah r.a, bahawa beliau menyuruh agar disediakan talbinah bagi pesakit-pesakit dan orang yang menghadapi tekanan perasaan atau dukacita yang melampau. Beliau juga berkata; aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; "Sesungguhnya talbinah itu dapat mententeramkan hati-hati pesakit dan menghilangkan sebahagian dari tekanan perasaan".
Triple-M bukan sekadar Talbinah (dari biji Syaeer) semata-mata, ia juga mengandungi yogurt (dari susu) dan juga madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis semulajadi. Dan daripada hadith diatas, boleh saya katakan produk ini adalah sangat sesuai untuk mereka yang baru selesai menjalani satu-satu rawatan, mempunyai masalah tekanan perasaan atau stress serta kemurungan.

Triple-M (Meka Miracle Meal) sesuai untuk ....
- Kemurungan
- Penyakit Jantung
- Asma
- Goat
- Kanser
- Arthritis
- Eczema
- Darah Tinggi
- Parkinson
- Gangguan Tidur
- Strok
Memandangkan ia berasaskan kepada bijiran halus, produk ini juga bagus dijadikan makanan awal pagi serta lewat petang; dan in Sha Allah boleh dijadikan pengganti untuk makanan bayi. Mereka yang hadapi masalah penghadaman juga bagus mengambil diet pemakanan Islam Triple-M ini.
Meka Viniga

Ramuan produk ini adalah berasaskan kepada cuka Kurma, Habbatussauda, minyak Zaitun, dan madu. Turut ditambah ialah ekstrak Delima, ekstrak Lemon, minyak Kelapa Dara, garam bukit dan dihasilkan menggunakan air bertapis.
Saya sudahpun mencuba produk ini, iaitu sebelum mengambil sarapan pagi .... dan rasanya ok, tidak terlalu masam dalam kebanyakan minuman yang berasaskan cuka buah. Malah, ia lebih sedap kerana dicampurkan ekstrak Lemon dengan rasa yang menyegarkan.


Meka Viniga didatangkan dalam pek cecair yang boleh terus diminum pagi dan petang dalam keadaan perut kosong (sebelum makan). Cara pengambilan ini memang untuk formulasi diet seorang Muslim yang mahu kelihatan slim dan sihat. Kalau mahu bentuk badan yang menawan, bebas kolesterol, dan tanpa masalah kesihatan serius, bolehlah cuba Meka Viniga ini.
Kelebihan Meka Viniga ...
- Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
- Mencegah pelbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi, jangkitan sinus, selsema,jerawat, kolestrol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis(bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
- Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan.
- Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan yang disebabkan oleh lemak.
- Jika diambil sebelum makan anda akan lebih cepat berasa kenyang. Meka Viniga juga akan melambatkan rasa lapar.
Maka .. itulah dia dua produk utama yang dihasilkan untuk menepati diet kesihatan dalam Islam, atau dengan kata lain memenuhi apa yang disarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W. secara teorinya. Dulu, zaman Nabi, mana ada guna rumusan dan formulasi ... tetapi sekarang, ia dijadikan produk kesihatan dan makanan tambahan yang mudah untuk diambil oleh sesiapa sahaja. In Sha Allah, kesan dan manfaatnya sama.
Mekaray Ventures Membangun Bersama Ummah
Oh ya, satu lagi nak tambah, iaitu berkaitan syarikat Mekaray Ventures ini yang baru ditubuhkan pada 26 September 2015. Ada matlamat dan misi murni di sebalik nama dan juga penghasilan dua produk ini.Misi dan Visi Mekaray Ventures ....
- Menjadikan Al Quran dan Hadis sebagai sumber maklumat yang bermanfaat dalam mengubati pelbagai jenis penyakit.
- Membentuk usahawan berjaya dunia dan akhirat iaitu ukhwah "MARKETING NETWORKING" yang saling bantu membantu.
- Menyediakan bimbingan secara istiqamah.
- Dakwah dalam perniagaan, menyampaikan khabar gembira kepada seluruh umat Islam tentang manfaat product dan peluang perniagaan.
- Jihad mengubah scenario permasalahan kesihatan dan kewangan yang dibelengu oleh umat Islam supaya Islam disegani dan ditauladani di seluruh dunia.
Semua produk di atas adalah mendapat pensijilan Halal Jakim, serta pengeluarannya di kilang memenuhi peraturan Islamic Manufacturing Practice (IMP), dan didaftarkan sebagai produk makanan kesihatan/tambahan dengan KKM.
Untuk maklumat lanjut, termasuklah peluang bisnes diet kesihatan dan makanan Muslim; boleh hubungi menerusi:
Mekaray Ventures
Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur
03-91745449
Website : www.mekarayventures.com
Fbpage : www.facebook.com/mekarayventures/
IG mekaray : http://instagram.com/mekarayofficial
Kredit Foto - CVS Production @feeq
:)
ReplyDeleteblogwalking ;)
ReplyDeletenak kempiskan perut ,,agak berjaya juga . rasa minum ni lagi cepat agaknya
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.