
Biasiswa Fair & Lovely RM200,000 Untuk Awek IPT
Ok. Untuk menerima biasiswa Fair & Lovely ini, para siswi perlu terlebih dahulu membuat permohonan secara online di laman web Fair & Lovely. Kemudian, untuk memastikan bahawa anda tercalon sebagai salah seorang bakal penerima biasiswa ini, anda digalakkan untuk menyertai kempen yang dianjurkan oleh Fair & Lovely, iaitu Sinari Aspirasi.Kempen Sinari Aspirasi ini adalah untuk membolehkan IPT yang disenaraikan mendapat keutamaan untuk memilih siapa yang layak menerima biasiswa Fair & Lovely berjumlah RM200,000 ini. Kempen ini bermula pada 7 Januari 2015, 12:00 pm dan berakhir pada 30 April 2016, 11:59 pm.

Ok. Berminat? Cuba baca dulu terma dan syarat untuk memohon biasiswa ini. Biasiswa ini terbuka untuk semua wanita yang sedang mengikuti mana-mana bidang pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dari Universiti-Universiti Awam yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Jumlah keseluruhan Anugerah bernilai RM200,000.00 akan dianugerahkan oleh Fair & Lovely kepada 40 orang warga siswi yang berjaya iaitu dermasiswa RM5,000.00 setiap seorang.
Kelayakan Biasiswa Fair & Lovely
- Warga siswi dari universiti yang paling bersinar layak untuk menerima Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2016 (Pemohon dikehendaki untuk membaca dan memahami Terma dan Syarat untuk Kempen Sinari Aspirasi terlebih dahulu).
- Warga siswi yang berminat perlu memohon Biasiswa Fair & Lovely semasa atau selepas Tempoh Kempen SInari Aspirasi.
- Para pemohon Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2016 adalah digalakkan untuk menyertai Kempen Sinari Aspirasi demi memastikan universiti mereka adalah yang paling bersinar.
- Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2016 ini adalah terbuka kepada mana-mana mahasiswi yang memegang kad pengenalan yang sah dan berwarganegara Malaysia yang kini sedang menuntut di perigkat ijazah sarjana muda di mana-mana universiti awam tempatan.
- Memperolehi keputusan yang baik di dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan keputusan minima 3A atau Berjaya melengkapkan pengajian di peringkat Matrikulasi/Diploma dengan keputusan minima PNGK 3.00.
- Mendapat dan menerima tawaran secara rasmi memasuki mana-mana universiti awam tempatan untuk mengikuti program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda sepenuh masa.
- Tidak menjadi isu sekiranya pemohon kini telah menerima sebarang biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi lain. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dan mendapat pengesahan daripada organisasi-organisasi tersebut sama ada pemohon dibenarkan untuk memohon anugerah ini atau sebaliknya.
- Mesti menunjukkan keperluan untuk mendapatkan bantuan kewangan.
- Boleh menulis dan bertutur di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik.
- Menunjukkan kualiti kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
Kempen Sinari Aspirasi


Untuk memohon biasiswa Fair & Lovely dan juga menyemarakkan kempen Sinari Aspirasi ini, boleh klik pada pautan di bawah:
[+] Anugerah Biasiswa Fair & Lovely dan Kempen Sinari Aspirasi
Jom, kita meriahkan kempen ini ...
Test komen dr telfon ...
ReplyDeleteBagus ada biasiswa macam ni.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**