Wah menarik sekali tawaran biasiswa daripada Fair & Lovely ni. Tapi sayangnya, biasiswa Fair & Lovely berjumlah RM200,000 hanya terbuka untuk diberikan kepada awek, yakni siswi-siswi IPT tertentu. Jika anda seorang mahasiswi di IPT pilihan dinyatakan, maka peluang untuk mendapatkan biasiswa Fair & Lovely adalah sangat cerah.
Biasiswa Fair & Lovely RM200,000 Awek IPT

Biasiswa Fair & Lovely RM200,000 Untuk Awek IPT

Ok. Untuk menerima biasiswa Fair & Lovely ini, para siswi perlu terlebih dahulu membuat permohonan secara online di laman web Fair & Lovely. Kemudian, untuk memastikan bahawa anda tercalon sebagai salah seorang bakal penerima biasiswa ini, anda digalakkan untuk menyertai kempen yang dianjurkan oleh Fair & Lovely, iaitu Sinari Aspirasi.

Kempen Sinari Aspirasi ini adalah untuk membolehkan IPT yang disenaraikan mendapat keutamaan untuk memilih siapa yang layak menerima biasiswa Fair & Lovely berjumlah RM200,000 ini. Kempen ini bermula pada 7 Januari 2015, 12:00 pm dan berakhir pada 30 April 2016, 11:59 pm.
Biasiswa Fair & Lovely RM200,000 Awek IPT
Ok, sedikit info mengenai biasiswa ini - Anugerah biasiswa Fair & Lovely adalah bertujuan untuk membangunkan bakat, menyediakan peluang pendidikan kepada wanita muda Malaysia yang mengikuti program Ijazah sajana muda di mana-mana universiti awam tempatan. Ia diilhamkan untuk memainkan peranan penting dalam membantu wanita untuk mengenal pasti dan mengembangkan potensi yang dimiliki.

Ok. Berminat? Cuba baca dulu terma dan syarat untuk memohon biasiswa ini. Biasiswa ini terbuka untuk semua wanita yang sedang mengikuti mana-mana bidang pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dari Universiti-Universiti Awam yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Jumlah keseluruhan Anugerah bernilai RM200,000.00 akan dianugerahkan oleh Fair & Lovely kepada 40 orang warga siswi yang berjaya iaitu dermasiswa RM5,000.00 setiap seorang.

Kelayakan Biasiswa Fair & Lovely

  1. Warga siswi dari universiti yang paling bersinar layak untuk menerima Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2016 (Pemohon dikehendaki untuk membaca dan memahami Terma dan Syarat untuk Kempen Sinari Aspirasi terlebih dahulu).
  2. Warga siswi yang berminat perlu memohon Biasiswa Fair & Lovely semasa atau selepas Tempoh Kempen SInari Aspirasi.
  3. Para pemohon Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2016 adalah digalakkan untuk menyertai Kempen Sinari Aspirasi demi memastikan universiti mereka adalah yang paling bersinar.
  4. Anugerah Biasiswa Fair & Lovely 2016 ini adalah terbuka kepada mana-mana mahasiswi yang memegang kad pengenalan yang sah dan berwarganegara Malaysia yang kini sedang menuntut di perigkat ijazah sarjana muda di mana-mana universiti awam tempatan.
  5. Memperolehi keputusan yang baik di dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan keputusan minima 3A atau Berjaya melengkapkan pengajian di peringkat Matrikulasi/Diploma dengan keputusan minima PNGK 3.00.
  6. Mendapat dan menerima tawaran secara rasmi memasuki mana-mana universiti awam tempatan untuk mengikuti program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda sepenuh masa.
  7. Tidak menjadi isu sekiranya pemohon kini telah menerima sebarang biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi lain. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dan mendapat pengesahan daripada organisasi-organisasi tersebut sama ada pemohon dibenarkan untuk memohon anugerah ini atau sebaliknya.
  8. Mesti menunjukkan keperluan untuk mendapatkan bantuan kewangan.
  9. Boleh menulis dan bertutur di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik.
  10. Menunjukkan kualiti kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
Ok, jelas rasanya apa yang dikehendaki oleh pihak Fair & Lovely ini. Maka, saya syorkan kepada siswi yang berminat untuk mendapat biasiswa dari Fair & Lovely ini, bolehlah memohon dan menyertai kempen Sinari Aspirasi bagi membolehkan universiti yang disenaraikan dijadikan pilihan.

Kempen Sinari Aspirasi

Biasiswa Fair & Lovely RM200,000 Awek IPT
Dalam Sinari Aspirasi, anda hanya perlu undi iaitu dengan kongsikan mengenainya di laman sosial. Uhh cuba tengok ... saya penyokong kuat USM, dan saya mahu siswi ... awek IPT dari USM untuk berpeluang terima biasiswa ini, maka ... saya telah share ...
Biasiswa Fair & Lovely RM200,000 Awek IPT
Jika mahu IPT anda menyerlah, share banyak-banyak.. setakat post ini diterbitkan, UiTM mendahului IPT yang lain. Dan kemudiannya oleh UPSI.

Untuk memohon biasiswa Fair & Lovely dan juga menyemarakkan kempen Sinari Aspirasi ini, boleh klik pada pautan di bawah:

[+] Anugerah Biasiswa Fair & Lovely dan Kempen Sinari Aspirasi

Jom, kita meriahkan kempen ini ...


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement