Saya memang dah pasang rasa untuk menonton filem Batman vs Superman - Dawn of Justice ini. Saya pernah beritahu bahawa filem ini antara filem yang ingin ditonton untuk tahun 2016, kerana saya merasakan ia akan menjadi 10 movie best gegar pawagam 2016. Filem Deadpool, Kungfu Panda, Boboiboy The Movie dah pun selesai saya tonton, siap tonton dua kali lagi ... sekali di pawagam dan kali kedua tonton secara online...huhu...

Tonton Online Movie Batman vs Superman: Dawn of Justice Tak Puas!

Filem Batman vs Superman - Dawn of Justice pun sudah keluar versi secara online. Tapi serius, tak puaslah tengok secara online ni. Apatah lagi bila kat rumah tak de set home theater... huhuhu.. tak ada feel macam pawagam. Walaupun ada filem yang boleh tonton online dalam versi HD 1080, tetapi apabila disambungkan ke tv HD, tanpa sound system yang bagus ... tak mengancam sangat. Tak de gegar jantung dan paru-paru ... lagi-lagi untuk filem aksi seperti Batman vs Superman ni.
Tonton Online Batman vs Superman: Dawn of Justice 2016
Banyak kekurangan apabila tonton online sesebuah filem ni samada di TV mahupun komputer. Nak lagi kalau komputer macam milik saya ni yang dah old-fashioned. Sekadar cukup untuk lepaskan rasa gian je, dan untuk anak-anak menonton filem kegemaran mereka berulang kali sahaja. Kelebihan lain tak ada ... huhuhu ....nak kata percuma ... tak juga, sebab kena bayar bil elektrik dan juga bil internet .. hoho.

Saya dah kesempatan tonton online Batman vs Superman - Dawn of Justice secara percuma (tak payah bayar tiket atau beli DVD), dan kualiti yang setakat ini saya jumpa adalah sangat mengecewakan. Al-maklumlah, filem ini ada kelasnya tersendiri ... jadi versi HD online memang susah nak dapat. Paling terbaik pun boleh dapat tonton dalam versi HDTS. Uhh tak syoklah, dah tak puas ... serius tak puas.

Tak Syok Tengok Movie Online

Cuba tengok beberapa screen shot filem ini yang saya tonton menerusi salah sebuah portal yang menyediakan tontonan percuma filem-filem best dan juga cerita bersiri secara online .. uhh kabur dohhh ... tak suka ... tak suka (tapi tengok juga).
Tonton Online Batman vs Superman: Dawn of Justice 2016
Tonton Online Batman vs Superman: Dawn of Justice 2016
Tonton Online Batman vs Superman: Dawn of Justice 2016
 Dah dibesarkan ke full HD pun .... gambar kelam macam tak cukup pixels je .. kua kua kua.

Jika nak rasa kepuasan maksima menonton filem aksi di rumah, paling tidak kena ada sebuah TV skrin leper yang besar, kalau boleh macam Samsung Curve, yang saya letakkan sebagai 10 hadiah terbaik harijadi saya menerusi Lazada Malaysia.... hahahaha... dan mesti dilengkapi dengan sistem audio yang terbaik. Err macam nak kena cari je kat Lazada ...huhu.

[Baca] Tips Mendapatkan Baucer Diskaun Lazada

Banyak modal ooo .. lainlah ada yang berani nak sponsored...hahaha (sambil kedip mata ala-ala comel gitu).

Tak puaslah tonton filem aksi seperti Batman vs Superman - Dawn of Justice (2016) ni secara online. Nak tak nak, saya kena carilah masa untuk tonton filem ni ... huhuhu .. ke tak perlu? Ada sesapa yang boleh berikan review ringkas tak? Ke perlu untuk langkah jangkamasa panjang, saya gunakan wang hasil komisen affiliate untuk beli peralatan elektrik upgrade sistem audio visual di rumah? Lazada ada promosi ni .. huhuhu....

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement




CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement