Ketika itu, UiTM lebih kepada program Diploma sahaja, tetapi sekarang sudah ada pelbagai program untuk bukan sahaja Diploma serta Asasi, tetapi juga ijazah, kedoktoran dan juga program profesional. Semuanya adalah untuk membolehkan lebih ramai belia, remaja dan pelajar sambung belajar ke peringkat yang lebih baik.
Syarat AM Kemasukan ke UITM

Calon Lepasan SPM
- Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian
- Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia
Calon Lepasan STPM
- Lulus SPM / setaraf dengan baik
- Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
- Mengambil Malaysian University English Test (MUET)
Calon Lepasan Matrikulasi
- Lulus SPM / setaraf dengan baik.
- Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
- Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00
- Mengambil Malaysian University English Test (MUET)
Calon Lepasan Diploma
- Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian
- Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
- Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti
- Mengambil Malaysian University English Test (MUET)
Maka, jika anda mahu syor dari saya, untuk bagaimana lulus dengan band atau keputusan yang baik dalam MUET, maka bolehlah cuba dapatkan Panduan Lulus MUET (klik) sebagai langkah persediaan memastikan bahawa langkah anda untuk meneruskan pengajian dapat dicapai.
[Baca] Cara Untuk Lulus Peperiksaan MUET - Dengan Band Cemerlang
Untuk memudahkan anda menyemak kelayakan akademik untuk masuk ke UiTM, semakan secara online boleh dilakukan menerusi laman web berikut - http://www.selangkah.uitm.edu.my

Jika dilihat pada semua syarat am masuk ke UiTM, rasanya tiada masalah kerana sekarang ni ramai calon lepasan SPM, STPM mahupun yang lulus Diploma mendapat keputusan yang sangat baik. Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan semua, in Sha Allah.
Segala info yang saya berikan di atas adalah benar ketika post ini ditulis dan telah merujuk ke laman web rasmi pengambilan ke UiTM.
Sesiapa yang sudah dapat masuk universiti, buat perancangan awal apa yang hendak dibuat selepas tamat universiti.
ReplyDeleteAmbil peluang semasa di universiti untuk bina networking. :-)
dunia semakin mencabar, jadi belajar pastikan sampai ilmu dan skillnya,kalau tak susah sikit nak dapatkan pekerjaan
ReplyDeletewah... terbaiklah bos. Saya baru terfikir nak post entri berkaitan, bos dah up dulu... Terima kasih!!!
ReplyDeletesemoga adik adik berjaya menyambung pelajaran dan UiTM dapat terus membantu anak bangsa berjaya dunia dan akhirat
ReplyDeleteuitm the best place dr segi yurannya...
ReplyDeleteStpm dpt 3.33 bole masuk uitm ker..tuan
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.