Kepada yang mungkin masih menaruh kepercayaan terhadap FAM, mungkin boleh turut serta dalam undian ini yang menampilkan 5 rekabentuk logo baru untuk pasukan bolasepak Harimau Malaysia. Motifnya rekabentuk logo baru adalah sebagai langkah penjenamaan semula pasukan bolasepak Malaysia yang sedang cuba meletakkan diri dalam pasukan terbaik Asia Tenggara.
Senarai Pilihan Logo Baru Harimau Malaysia FAM
Mari lihat 5 rekabentuk logo Harimau Malaysia pilihan akhir oleh juri FAM ini. Agak-agak mana pilihan yang paling sesuai dan terbaik pada pandangan kreatif anda?Ada rasa minat untuk mengundi logo-logo pilihan akhir FAM ini? Jika mahu mengundi, anda boleh ke laman berikut - http://www.undiharimaumalaysia.com/
Pandangan Masing-Masing Berbeza
Apa jua pandangan anda tentang rekabentuk logo ini ... pastikan anda mempunyai alasan yang cukup bagus. Bukan mudah nak mencipta sesuatu logo ini .. serius ... saya pernah buat, dan ia sangat memenatkan. Kepada mereka yang terpilih di dalam senarai pilihan logo baru Harimau Malaysia ini, saya ucapkan tahniah. Nampaknya hasil kekreativiti asli anda telah mendapat tempat di hati juri profesional FAM.[Bacalah Juga] Logo Satu Bentuk Penjenamaan Berkesan
Kepada juri-juri FAM, moga pemilihan anda ini merupakan pilihan yang disukai oleh peminat bolasepak Malaysia .. kalau tidak, tak guna meminta undian jika tiada satu pun yang menarik minat pengundi. Dan diharap, pengundian ini akan berjaya meletakkan logo pilihan yang paling terbaik untuk memberikan gambaran akan kehebatan sebenar pasukan bolasepak Malaysia.
Selamat mengundi pada yang nak berikan undi.
p.s: Harapnya lepas ada logo, maka mutu bolasepak dapat dipertingkatkan ... mungkin boleh di masa akan datang buat undian terbuka untuk pilih siapa yang terbaik menerajui FAM ke .. huhuhu.... buat macam sekarang ni .. undi secara online. :)
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.