Saya hampir tidak menyambung pelajaran kerana ketiadaan sumber kewangan. Jadi saya tahu erti rasa kekecewaan andai gagal untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi hanya dek kerana kekangan kewangan. Namun, alhamdulillah ... negara kita masih ada sektor awam dan swasta yang mahu menghulurkan bantuan kewangan untuk pendidikan lebih baik.

Seperti sedia maklum, kos untuk menyambung pelajaran dan pendidikan ke peringkat lebih tinggi bukannya murah. Bergantung kepada pemilihan kursus tertentu, kos untuk belajar dalam jurusan sains di IPTA misalnya, boleh mencecah sehingga RM10K hingga RM20K untuk tempoh sehingga 10 semester. Ini cuma anggaran kasar hanya untuk kos pengajian sahaja, belum masuk lagi kos sara hidup yang boleh membuatkan kos sambung belajar menjadi sehingga RM30K-RM50K sehingga tamat pengajian (kalau tamat dalam tempoh sepatutnya).
Senarai Biasiswa 2016 Untuk Lepasan SPM/STPM
Kerana itu, saya cuba senaraikan peluang untuk mendapatkan sokongan kewangan daripada sumber-sumber seperti NGO, syarikat antarabangsa, syarikat tempatan, badan berkanun dan juga sektor awam serta swasta. Moga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak memberikan laluan lebih baik untuk mereka yang mahu menyambung pelajaran di dalam bidang yang diinginkan.Biasiswa DYMM Agong - JPA 2016
Permohonan secara online akan mula dibuka pada 7 Mac sehingga 18 Mac 2016. Permohonan serta keterangan berkaitan biasiswa ini boleh didapati menerusi pautan berikut - Portal Pembangunan Modal Insan SPA. Untuk lepasan SPM 2015 yang berminat untuk sambung belajar ke Jepun, Korea, Perancis atau Jerman, boleh lihat iklan dan syarat permohonan di sini - Program Khas Kejuruteraan 2016Biasiswa PETRONAS - Program PESP
Permohonan perlu dilakukan secara online menerusi pautan berikut - Petronas Education Sponsorship Programme. Tutup: 10 Mac 2016.Biasiswa Bank Negara Malaysia 2016
Permohonan secara online, tarikh tutup permohonan adalah 9 Mac (Pra-Universiti) dan 30 April (Ijazah). Permohonan boleh dibuat menerusi pautan ini - BNM 2016 ScholarshipBiasiswa UEM
Tarikh tutup permohonan adalah 20 Mac 2016. Dikhaskan untuk permohonan program Ijazah di IPT berikut - Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) - Semua cawangan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Multimedia University (MMU). Info dan maklumat berkaitan permohonan biasiswa boleh dirujuk menerusi pautan berikut - UEM Scholarship 2016Anugerah Biasiswa PNB Luar Negara 2016
Biasiswa untuk lepasan SPM 2015 melanjutkan pengajian di luar negara. Info berkaitan biasiswa ini boleh anda lihat di pautan berikut - Anugerah Biasiswa PNB Luar Negara 2016. Borang pula boleh anda muat turun di pautan berikut - Borang Permohonan Biasiswa PNB 2016. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Mac 2016.Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2016

Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (TM) 2016
Permohonan adalah dibuka untuk 3 kategori, iaitu untuk dalam negara, luar negara dan juga kemasukan ke Ijazah Pertama MMU. Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Mac 2016. Untuk permohonan, anda boleh lakukan secara online menerusi pautan berikut - Permohonan Online Biasiswa YTM. Butiran mengenai biasiswa ini, anda boleh baca di laman web rasmi TM atau pautan berikut - Talent-A Yayasan TM Scholarship 2016Program Biasiswa Yayasan Sime Darby 2016
Permohonan sedang dibuka untuk mereka yang layak bagi mendapatkan biasiswa daripada Yayasan Sime Darby untuk beberapa program terpilih. Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 April 2016. Program tersebut adalah YSD Excellence Scholarship Programmes,YSD Bursary Programmes dan YSD Skill Enrichment Programmes. Info lanjut boleh didapati menerusi pautan berikut - Biasiswa Yayasan Sime Darby Malaysia 2016
Maybank Scholarship Award 2016

Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan
Terbuka hanya untuk anak-anak Wilayah Persekutuan yang melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah Pertama di IPT tempatan. Untuk info lanjut dan tarikh tutup permohonan boleh lihat di laman web berikut - Yayasan WP, terdapat juga bantuan awal untuk memulakan pengajian, dan beberapa bantuan lain untuk pendidikan.Biasiswa Intel
Untuk memohon biasiswa ini, anda perlu muat turun dan isi borang yang disediakan di sini - Borang Biasiswa Intel, kemudian menghantarnya menerusi email berserta resume, kelayakan akademik anda ke email berikut - malaysia.staffing@intel.com. Biasiswa sebanyak RM10K setahun akan diberikan bagi ijazah sarjana muda.The Star Education Fund 2016
Permohonan boleh dilakukan menerusi muat turun borang yang disediakan menerusi pautan berikut - Form The Star Education Fund 2016 dan hantar secara pos ke alamat yang disertakan di dalam borang sebelum 18 Mac 2016.Biasiswa Yayasan Khazanah
Ada pelbagai program pembiayaan disediakan oleh Yayasan Khazanah, anda boleh memilih mana yang sesuai dengan kelayakan anda. Untuk info, permohonan online sebelum 20 Mac 2016, boleh layari laman web berikut - Permohonan Online Biasiswa Yayasan KhazanahBiasiswa PIDM 2016

Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Satu lagi sumber bantuan kewangan untuk lepasan SPM/STPM melanjutkan pengajian untuk sesi pengajian 2016/2017. Kepada yang berminat untuk memohon biasiswa ini, anda boleh layari laman web berikut - Biasiswa Tunku Abdul Rahman, malah terdapat bantuan kewangan untuk 2 semester disediakan bagi yang terdesak untuk mendapatkan bantuan kewangan semasa.Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi
Beberapa peluang biasiswa dan pinjaman ada ditawarkan oleh KPT Malaysia, anda boleh semak penawaran menerusi laman web berikut - Biasiswa MOHEAda banyak lagi peluang untuk memohon peruntukan, pinjaman serta biasiswa pendidikan bagi lepasan SPM serta STPM. Anda perlu rajin mencari samada melihat di akhbar tempatan, melayari portal organisasi tertentu atau membuat Google Search. Ada yang boleh anda mohon secara online, ada yang perlu mengisi borang dan dihantar secara pos.
Peluang pembiayaan pendidikan juga boleh didapati menerusi Baitulmal, Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam, malah syarikat-syarikat seperti Karangkraf, Media Prima, NSTP, dan sebagainya.
Usaha tangga kejayaan. Semoga berjaya.
semoga memudahkan adik2 yang memerlukan
BalasPadamAlhamdulillah masih ada lagi yang mampu memberikan tawaran biasiswa buat adik-adik yang berjaya dalam SPM baru-baru ni
BalasPadamAlhamdulillah. Harapnya akan ada byk lago bantuan.
Padamkecian yang xde As...xde chance la nak dpt biasiswa..
BalasPadamAda banyak lagi sumber bantuan kewangan yang tidak memerlukan As ... :) ada baitulmal, pejabat agama, ngo tertentu.
PadamAda biasiswa macam ni bagus juga. Boleh ringakan beban mak ayah yang kurang mampu nak hantar anak-anak belajar.
BalasPadamMesti suka adik-adik yang dapat biasiswa macam ni.
BalasPadamHalo,
BalasPadamIni adalah untuk memberitahukan masyarakat umum bahwa Mrs Nelly mulia, pemberi pinjaman pinjaman swasta memiliki membuka kesempatan keuangan untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan. Kami memberikan pinjaman pada tingkat bunga 2% untuk individu, perusahaan dan perusahaan di bawah syarat dan kondisi yang jelas dan mudah dipahami. hubungi hari ini kami melalui e-mail sehingga kami dapat memberikan persyaratan pinjaman dan kondisi di: (nellyperious@gmail.com)
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.