Kepada yang layak, anda akan menerima WPP dari PTPTN sejumlah RM1,500 sebagai bantuan persediaan sebelum mendaftar masuk ke IPTA dan juga Politeknik. Hanya pelajar warganegara Malaysia daripada keluarga (ibu bapa) yang menerima BR1M akan ditawarkan WPP ini. Tawaran WPP ini diberikan untuk program Diploma serta Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA dan juga Politeknik.
Semakan Online Penerima WPP PTPTN
Hanya mereka yang layak sahaja boleh membuat semakan secara online penerima WPP PTPTN ini. Semakan boleh dibuat menerusi pautan berikut - Semakan WPP
- Pengeluaran WPP diuruskan dengan menggunakan konsep waran dan tarikh sah laku waran adalah dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh dikeluarkan.
- Waran WPP diagihkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik melalui dua kaedah iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam tempoh dua (2) minggu sebelum pelajar mendaftarkan diri ke IPTA dan Politeknik.
- Pelajar perlu hadir ke cawangan bank yang dilantik dengan membawa MyKad untuk menunaikan waran tersebut.
- Wakil adalah tidak dibenarkan untuk menunaikan waran.
- Waran hanya boleh ditunaikan melalui kaunter bank sahaja.
Semoga bermanfaat.
sila la semak ya
ReplyDeletedah banyak proses yang dipermudahkan sekarang nie... semaklah sesiapa yang berkenaan tu yer.
ReplyDeletememang memudahkan..
ReplyDeletenanti dah habis belajar jangan lupa bayar balik...takut nanti ada tunggakan. saya bayar sikit-sikit ja dahulu. =)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**