Heh .. siapa kata blogger lelaki tak boleh hadir ke satu event berkaitan produk kecantikan ehh? Come on ... jangan pandang sebelah mata pada blogger yang dah berusia macam saya ni ye .. huhuhu.. masih ada tarikan gitu.
Pelancaran Stokist Dazzling Glow dan Dr Glow Penang
Memang best dapat hadir ke sebuah majlis yang dihadiri oleh para jelitawan, yang merupakan pengguna, agen dan stokis produk Dazzling Glow dan Dr.Glow ini. Dah pastilah semua mereka ini mempunyai wajah berseri-seri, glowing dan nampak flawless - membuktikan bahawa produk yang digunakan bukan hanya sekadar indah khabar dari rupa.
Produk Dazzling Glow dan Dr.Glow merupakan produk hasil ilham dua orang pemuda kacak, yang sebelum ini merupakan krew kabin penerbangan iaitu Syabil Abdul Malek dan Syukrie Saharudin. Uhh lelaki juga mahukan wajah flawless ye ... ehemm ...


Laris di Brunei Darussalam
Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa produk Dazzling Glow dan Dr.Glow ini telah mendapat sambutan hangat di Brunei Darussalam. Ia merupakan produk dipercayai dan diyakini bagi memberikan seri wajah gebu, 'bersinar', flawless dan tanpa cela. Dan di Malaysia, ramai selebriti terkenal telah menggunakan produk ini untuk berikan impak wajah menawan.Saya tak pandai nak sembang pasal produk kecantikan ni, tetapi anda boleh check it out di instagram milik Diana Rafar dan Datin Alyah sendiri untuk kepastian. Juga boleh ikuti perkembangan produk ini menerusi Dr Glow Official Page.
Saya sertakan juga infografik berkaitan produk ini untuk pengetahuan dan rujukan ...


Pencarian Agen dan Stokis
Produk Dazzling Glow dan Dr.Glow menerusi stokist Penang - Leeya Exclusive sedang mencari agen dan mereka yang berminat untuk memasarkan produk ini di utara Semenanjung. Jika anda mahu mencari pendapatan sampingan yang memberikan nilai tambah pada hidup seseorang menerusi kecantikan wajah, maka bolehlah hubungi:- Puan Muliani Leeya (Leeya Exclusive)
- email - leeya.exclusive@gmail.com
- whatsApp - 019-4979000
- Puan Asma Daim (Asma Daim Beauty Care)
- whatsApp - 011-21521363
Sedikit gambar untuk tatapan anda, semasa saya hadiri majlis pelancaran stokist Dazzling Glow dan Dr. Glow di Hotel Sunway, Penang tempoh hari .. enjoice ..







meriahnya
BalasPadamHaha..tak sabar nak tengok kesananya bila Bro HH guna ;-)
BalasPadamTahniah bro HH dapat jemputan meriah macam ni. Nanti nak tengok bro HH makin kacak tak. Jika kacak boleh nak beli juga.
BalasPadamBestnya... tambah glow dan tambah nilai wajah ... hebat tu
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.