Ia baru sahaja dilancarkan sebentar tadi di Sime Darby Convention Centre, Mont Kiara, 1 Mac 2016. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Seelan Paul. Stesen KoolFM akan menyajikan agu-lagu era 1980-an, 1990-an dan terkini merangkumi lagu Melayu, Inggeris dan Indonesia bersama enam penyampai radio.
KoolFM - Stesen Radio Terbaru Media Prima
Saya difahamkan, stesen radio baru, KoolFM akan mula boleh didengari di Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang, menerusi frekuensi 101.3 dan 90.2 mulai 3 Mac 2016 dengan menampilkan bekas-bekas penyampai radio HotFM iaitu AG, Ikhwan dan juga Liza. Turut serta sebagai penyampai radio KoolFM ialah penyanyi Haiza, Ezaq serta Farid.Barisan Penyampai Radio KoolFM

Frekuensi dan Fakta Menarik KoolFM


- KoolFM ibarat adik kepada HotFM
- Menampilkan A.G, Ikhwan dan Liza yang merupakan antara bekas penyampai radio popular HotFM
- Hanya boleh didengari menerusi 2 frekuensi radio iaitu di K.L dan Penang (setakat ini)
- Bermula ke udara - 3 Mac 2016
Oh ya, frekuensi 90.2fm di Penang itu asalnya merupakan frekuensi radio Pimai FM dikendalikan oleh RTM Pulau Pinang kalau tak silap.
Tahniah kepada pihak Media Prima dengan pelancaran stesen radio terbaru ini - KoolFM .... harapan saya ialah semoga ia menjadi antara top brand dalam dunia radio Malaysia, dan memberikan manfaat buat semua - dan menjadi lebih daripada sekadar sebuah stesen radio hiburan semata.
Untuk anda semua yang nak support stesen radio baru KoolFM ini, boleh pergi ke Fanpage Kool FM dan berikan Like anda.
dulu 101.3 radio Ultra Fm..tapi dah tak wujud radio tu kan...harap gempak la nanti radio baru ni
ReplyDeleteMedia Prima beli 2 radio UltraFM dan PiMaiFM untuk membolehkan mereka dapat guna frekuensi sedia ada.
ReplyDeleteKalau tengok konsep mereka lebih kepada muzik retro yang menjadi pesaing kepada SinarFM.
harap2 tak ada panggilan kool la haha
ReplyDeleteNanti boleh dengar. mesti kool ni.
ReplyDeleteNampak macam menarik juga. Lebih tertumpu kepada golongan tertentu. pandai MP buat bisnes. Kena belajar dari MP juga. Nanti nak dengar koolfm lah.
ReplyDeletebertambah stesen radio..berita baik untuk pendengar radio..
ReplyDeleteDah tak kisah sangat dengan stesen radio sekarang nie... semakin kurang masa mendengar radio.
ReplyDeleteRamai yg mendengar KoolFM kerana lagu best dan DJ yg diminatinya..tapi disini saya ingin memberi pandangan sedikit mengenai iklan yg disiarkan di radio kool fm ini..harap pihak media prima tapis semula iklan yg memberi impak negetif kpd pendengar. Contohnya iklan suami isteri yg bertengkar pasal "awak buka handfon saya ke? Kenapa awak perangai mcmni eh!??disusuli dgn maki hamun selanjutnya" Saya aggap iklan ni kategori 18SG.. Tolong jgn hnya pentingkan lagu dan penyampaian semata2 malah iklan yg disiarkan mesti tidak melampau terutama dr segi bahasa dan mempunyai mesej yg produktif..tolong ambil perhatian sebelum pendengar berubah hati..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**