Semakin menyokong apa yang dilakukan oleh pihak MARA ini, saya sukacita nak berkongsi tentang jadual lokasi dan tarikh Karnival Pendidikan MARA 2016 ini kepada semua. Moga ia akan dapat dijadikan panduan serta rujukan kepada mereka yang mahu mendapatkan info berkaitan karnival ini.
Jadual Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2016
Jika jadual di atas kurang jelas, anda hanya perlu klik padanya untuk paparan yang lebih baik.Sebagai info tambahan, saya dimaklumkan bahawa terdapat lebih 100 buah IPT termasuk universiti awam dan swasta yang terlibat dalam penganjuran karnival ini. Karnival ini akan berlansung selama 2 bulan, dan berakhir pada 17 April 2016. Masuk adalah percuma dari 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Peluang Untuk Lepasan SPM dan STPM Mendapat Maklumat Betul
Buat lepasan SPM dan STPM, harapnya agar tidak khuatir sekiranya tidak mempunyai saluran yang betul untuk menyambung pengajian kerana dalam karnival ini, MARA akan cuba sedaya upaya untuk membantu mencapai impian dan keinginan anda. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Karnival MARA 2016.
Untuk info lanjut, anda boleh semak di laman sesawang khas berikut - Karnival Pendidikan MARA
semoga perkongsian ini berguna buat adik adik lepasan SPM STPM
ReplyDeletemenyesal dulu tak masuk mara..memilih sgt bidang..ni la padanya
ReplyDeleteHehehe... semoga kita boleh berikan kesedaran untuk remaja dan belia zaman skarang
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.