GREDAC - Global Real Estate Developers & Agents Conference

Himpunkan Ribuan Mereka Yang Hebat dalam Hartanah
Acara yang berlangsung selama 2 hari ini membawakan agen hartanah terbaik serta pemaju hartanah terkenal daripada Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, China, Hong Kong, Taiwan, Afrika Selatan dan juga Australia. Satu peluang keemasan untuk mereka, terutama agen dan pemaju di Malaysia menjalinkan kerjasaya serta melihat peluang yang lebih meluas dalam bidang ini. Dianggarkan, lebih 50,000 pilihan peluang kerjasama akan tersedia untuk mereka yang hadir!Menarik bukan? GREDAC pastinya satu persidangan dan acara terbaik untuk agen serta pemaju hartanah di Malaysia untuk tahun ini. Dan saya suka berkongsikan peluang ini untuk mereka yang telah atau sedang memulakan kerjaya di dalam bidang hartanah, takkan nak lepaskan kot?
Difahamkan, persidangan ini akan membincangkan berkaitan teknologi - berlandaskan pengguna (pembeli):
"There is no doubt that technology is a key driver of our industry’s growth, both in terms of how we interact and connect within the community and also how we market properties and investment opportunities to our consumers. That is why, our first-ever conference this year will focus on this theme, particularly on how the future of real estate can be transformed through consumer-driven technology." - Ray Chung, Pengarah Urusan Wonderlist Property.
GREDAC membuka peluang untuk mereka yang turut serta untuk berinteraksi dengan wakil-wakil seluruh dunia menerusi jaringan networking serta sesi matchmaking business. Inilah masa terbaik untuk menjalinkan kerjasama strategik serta perhubungan bisnes dalam bidang hartanah, apatah lagi dengan melihat nilai ringgit (MYR) semasa; ia tentu sekali menarik minat orang luar.
Sidang Akhbar GREDAC
Ok. Info penting mengenai GREDAC untuk mereka yang sudah mula ada azam untuk hadiri persidangan ini:
- Tarikh: 14 - 15 April 2016 (10 pagi)
- Tempat: Sunway Pyramid Convention Centre
- Yuran Persidangan: RM680 (Pakej Standard - wakil tempatan), USD250 (warga asing)
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi:
- Telefon: 03-93680019 / 0393680020
- Email: enp@wonderlist.property
Pembelian tiket atau yuran persidangan juga boleh dilakukan menerusi pautan berikut - GREDAC ONLINE FEES
Semoga bermanfaat.
tempat berhimpunnya jutawan hartanah. Agak2 boleh jumpa otai-2 hartanah di sini yer...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.