Saya dapat lihat perkara ini menjadi penting apabila ada pengiklan besar mula bertanyakan mengenai statistik blog, dan mahu tahu kedudukan blog ini di dalam ranking Alexa. Ranking Alexa dianggap sebagai cara mudah untuk lihat populariti blog selain menggambarkan secara kasar kedudukan blog ini di antara ribuan blog dan laman web yang wujud di dunia dari segi jumlah trafik.
Alexa Rank Mac 2016



Tips Untuk Dapatkan Rank Alexa Yang Baik
Bagaimana ketika itu blog ini berjaya berada di kedudukan Alexa terbaik? Ok ... ini mungkin tips yang boleh anda guna-pakai:- Tingkatkan trafik ke blog dari enjin carian - lebih 50%
- Tingkatkan trafik ke blog dari media sosial - 30%
- Tingkatkan trafik menerusi penganjuran segmen, kontest atau giveaway - 20%
- Update entri blog terkini dengan lebih kerap - sehingga 10 post sehari!
- Menulis mengenai ranking Alexa
- Meletakkan widget Alexa ke dalam blog
- Meletakkan toolbar Alexa ke pelayar internet
Ada di antara tips di atas yang saya berikan pernah saya tulis di dalam blog ini. Anda boleh cari menerusi Tips Blogging. Mungkin akan ada blogger yang berpendapat bahawa tips di atas tidak boleh digunakan lagi memandangkan sudah banyak perubahan dari segi algorithma dalam Alexa yang telah berubah.
Apapun, tak salah mencuba dan lihat kesannya ke atas blog, terutama sekali untuk blogger yang masih berpendapat bahawa ranking Alexa masih relevan untuk menguji kekuatan blog.
Cara Lain Melihat Kekuatan Blog
Ada banyak cara lain untuk melihat kekuatan sesebuah blog selain membandingkan ranking Alexa. Di antaranya adalah seperti di bawah ini. Setiap pembolehubah di bawah adalah merupakan teknik bagaimana sesebuah blog atau laman web diberikan penarafan dari sudut teknikal.
Jangan baca benda teknikal tu kalau tak berminat, sebab boleh muntah dibuatnya .. haha .. tapi kalau nak belajar ilmu blogging, bolehlah belajar sedikit-sedikit.
Orait.
Sedikit panduan untuk mereka yang nak tahu mengenai Alexa dan mendapat manfaat darinya:
- Cara Nak Letak Widget Alexa Rank dalam Blog
- Teknik Menurunkan Rank Alexa dalam Tempoh 24 Jam
- 2 Rahsia Teknik Ranking Alexa
- Kenapa Rank Alexa Malaysia dan Global Berbeza?
- Bagaimana Blog Boleh Dapat Rank Alexa?
- Beza Google Pagerank (PR) dengan Alexa Rank
Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini boleh berikan anda 'warna' apa itu Alexa, yang mungkin penting untuk anda.
In Sha Allah, semoga bermanfaat.
Blog saya dah kelaut alexa ni bro HH.
BalasPadamHmm memang banyak blog yang jadi gitu .... pasrah je la .. hehehe..
PadamSusah juga nak bagi ok alexa ni. Nak buat entri setiap hari tu kadang-kadang sibuk tak berkesempatan dibuatnya.
BalasPadammemang susah
Padamaduh.. 10 post sehari ye ? saya kena buat dan buat lah macam ni. sebelum ni buat- buat pastu tak buat terus huhu..
BalasPadamBlog YB dah kelaut juga... dah malas nak up entri alexa kat blog sebab sentiasa aje no data...
BalasPadamsejak berhibernasi menulis..ranking dh kelaut..huhu
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.