Dan saya juga mahu ibubapa lain alert sama mengenai tarikh-tarikh peperiksaan ini, khususnya untuk peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Pentaksiran Asas Vokasional (PAV), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2016 ini.
Tarikh Peperiksaan UPSR, PT3, PAV, STAM, SPM 2016

Saya berharap semoga informasi berkaitan tarikh peperiksaan untuk UPSR, PT3, PAV, STAM dan SPM 2016 ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Al-maklumlah, peperiksaan sekarang bukan seperti dahulu .. ada format peperiksaan yang sudah jauh berbeza malah semakin mencabar.
Ambil Perhatian Mengenai Tarikh Peperiksaan 2016
Saya sendiri baru meneliti contoh-contoh soalan untuk pelajar yang bakal hadapi UPSR 2016 .... fuh .... tengok soalan matematik pun dah boleh buat berpeluh .. belum lagi cuba nak menjawabnya .. memang susah kalau difikirkan anak-anak darjah enam untuk menjawab soalan matematik seakan matematik tambahan tingkatan empat semasa saya KBSR dahulu.Apapun, saya percaya dengan ulangkaji yang konsisten, latih tubi serta sokongan ibu bapa untuk bantu anak-anak berjaya di dalam pelajaran akan dapat sedikit sebanyak memberikan impak positif. Tak boleh nak harap pembelajaran di dalam kelas mahupun kelas tuisyen sahaja. Ibu bapa kena ambil peranan juga.
Langkah pertama ialah ambil peduli tentang tarikh peperiksaan yang akan dihadapi oleh anak-anak. Semoga apa yang saya kongsikan ini, berkaitan jadual serta tarikh peperiksaan untuk UPSR, PT3, PAV, STAM dan juga SPM 2016 dapat digunakan sebaiknya .. jangan lupa print dan tampal di rumah ... terus buat jadual ulangkaji untuk anak-anak, dan pantau persediaan mereka.
Semoga anak-anak yang akan ambil peperiksaan 2016 berjaya dengan cemerlang.
anak kedua saya bakal menduduki UPSR pada tahun 2016..saya dah merancang sistem dan teknik belajar untuk dia menghadapi ujian tersebut
ReplyDeleteAnak saya masuk projek khas untuk UPSR ni .. tgk buku teks/kerja matematik dia ... uhh lagi tebal dari buku teks add math masa saya sekolah menengah dulu ...
DeleteBagus dah ada tariknya. Ibu bapa dan pelajar dah boleh buat perancangan macam ni.
ReplyDeleteDah start kelas tambahan sekarang ni. Harap ramai yang berjaya tahun ni.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.