Fuh ... agak tinggi juga kenaikan yang dikenakan oleh Proton dalam senarai harga kereta Proton baru untuk tahun 2016 ni. Tentu, ada yang sudah mula fikir dua tiga kali untuk membeli kereta baru. Difahamkan, kenaikan ini terpaksa dilakukan oleh Proton disebabkan kelemahan nilai ringgit dalam pasaran antarabangsa memandangkan pembelian barangan pembuatan menggunakan matawang asing.
Senarai Harga Kereta Proton Baru (OTR) 2016

Proton merupakan jenama kereta yang popular di Malaysia, apatah lagi untuk mereka yang mempunyai bajet ketat. Ia merupakan antara pilihan kereta keluaran Nasional selain daripada Perodua. Kebanyakkan anggap bahawa harga kereta Proton adalah murah, namun ramai yang tidak tahu bukan mudah untuk mendapat pinjaman bank dengan kadar rendah bagi kereta keluaran Nasional ini. Jika nak tahu hakikat sebenar, cuba-cubalah bertanya pada pihak bank atau dealer yang anda yakini. :)
Ok. Sejauh mana kenaikan harga kereta Proton itu ditampilkan, mari lihat senarai penuh harga kereta Proton baru (harga atas jalan/OTR) untuk tahun 2016 ini. Harga kereta yang ditunjukkan melibatkan varian Saga, Persona, Iriz, Exora, Preve dan Suprima S.


Untuk butiran lebih lanjut mengenai tawaran-tawaran khas berkaitan kereta Proton, bolehlah ke mana-mana showroom berdekatan dengan anda. Harga kereta Proton yang dipaparkan adalah sebagai rujukan anda, dan merupakan harga rasmi yang dikeluarkan oleh Proton di laman web mereka untuk tahun 2016.
Harapnya perkhidmatan selepas jualan pun bertambah baik lah ye seiring kenaikan harga.
ReplyDeleteDerang ada promosi bab lepas jualan ni rasanya
DeleteHarap keretanya pun bertambah baik.
ReplyDeleteHarga kereta dinaikkan bukan disebabkan kualiti .. :) tapi sbb harga bahan mentah yang diimport, jadi tak leh nak expect sgt ... hehehe
DeleteBila ekonomi macam ni harganya pun naik juga. Harap lepas ekonomi ok balik, harganya jadi turun balik juga.
ReplyDeletememang tak dapat la nak merasa kereta baru..so kena beli umah je..buat aset..
ReplyDeletemacam makin mahal je, stick dengan kereta kecil lainlah kalau mak ayah dah kaya anak mewarisi kekayaan
ReplyDeleteKereta pertama saya Proton. Dah habis bayar dh pun. Ada 'sesuatu' yang kurang berpuas hati dengan kereta keluaran nasional ni.Hihi.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletehuyooo..harga naik bukan sikit ek..harapnya gaji pekerja pun naik dengan setara jugaklah...
ReplyDeleteBanyak juga la kenaikan harga kereta proton ni, dengan keadaan sekarang mungkin tak ramai yang membeli kereta baru kan...
ReplyDeleteerm... ringgit jatuh terpaksa naikkan harga... kalau dulu 50% skang dah jd 100%... semoga nilai ringgit akan naik tahun ni, bukan kereta sahaja dalam bidang lain pun kena naik walaupun minyak turun...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.