Pusingan pertama perlawanan Liga Super Malaysia untuk musim 2016 telahpun bermula pada 13 Februari 2016 dengan memperlihatkan 6 perlawanan melibatkan 12 pasukan. JDT telah mengecewakan pasukan Selangor untuk perlawanan Sumbangsih Liga Super 2016 Piala Sultan Ahmad Shah dengan penentuan penalti 7-6 setelah kedua pasukan terikat 1-1. Perlawanan telah berlansung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.
Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2016

Keputusan lain adalah seperti berikut:
- Pahang FC vs T-Team - 2 : 2
- Terengganu vs Pulau Pinang - 1 : 0
- Felda United FC vs Kedah - 2 : 0
- PDRM vs Sarawak - 1 : 0
- Perak vs Kelantan - 0 : 0



Untuk bulan Februari 2016, terdapat 3 pusingan perlawanan di dalam Liga Super untuk musim ini. In Sha Allah, saya akan kemaskini untuk jadual perlawanan seterusnya.
Pastikan anda ikuti update seterusnya nanti ... hoho.
Hak Penyiaran Siaran Langsung Liga Super Malaysia 2016
Sebagai info tambahan, hak penyiaran siaran langsung telah diberikan kepada Media Prima. Football Malaysia Limited Liability Partnership (Football Malaysia FMLLP) dalam satu kenyataan telah mengumumkan bahawa pelantikan dan pemberian hak penyiaran ini adalah untuk selama tiga tahun bermula daripada 2016 hingga 2018.Walaupun ada siaran langsung, namun ramai peminat bolasepak Malaysia agak kecewa dengan berita yang saya kongsikan berkaitan hak penyiaran siaran langsung ini. Bukan semua perlawanan di dalam Liga Super Malaysia, Piala FA mahupun Liga Premier akan disiarkan di stesen TV Media Prima. Nak tahu kenapa ramai yang kecewa?
Peminat bola sepak Malaysia hanya boleh menonton hanya tiga perlawanan seminggu termasuk liputan penuh musim Liga Malaysia termasuklah secara online di Tonton. Hak penyiaran yang dimeterai ini termasuk liputan siaran langsung atau tertunda bagi perlawanan Liga Super Malaysia (dua perlawanan setiap pusingan) dan Piala FA Superbest Power (satu perlawanan setiap pusingan) mulai Februari hingga Mei 2016. Media Prima akan menyiarkan satu perlawanan setiap pusingan Piala Malaysia TM pada sepak mula Julai 2016 - Menurut sumber Football Malaysia
So, amacam? Saya yang bukan peminat tegar pun akan rasa kecewa .. yelah, bukan semua orang mampu untuk ke stadium untuk beli tiket perlawanan bolasepak Malaysia, walhal peminat bolasepak Malaysia terdiri daripada pelbagai latar, bangsa, umur, malah dari merata tempat ...
Mungkin boleh dilakukan sesuatu untuk penuhi permintaan peminat bolasepak tanahair ini. Sokongan peminat adalah penting untuk memastikan bolasepak Malaysia gah dan mempunyai auranya tersendiri.
p.s: Tahniah buat pasukan JDT kerana berjaya dalam perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah ...
Nampaknya kemeriahan dan kerancakan pesta bola Malaysia telah kembali...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.