Alhamdulillah, akhirnya spekulasi dan teka-teki mengenai pembayaran bonus Tabung Haji dijawab. Ramai yang risau dan ada yang ragu-ragu akan kemampuan pihak Tabung Haji untuk memberikan bonus tahun 2016 (kewangan 2015). Almaklumlah, ramai juga yang menabung di Tabung Haji, terutama sekali makcik-makcik, pakcik-pakcik macam saya ni .. hehehe...
Bonus Tabung Haji 2015 Sebanyak 8 Peratus


Umum tahu, Tabung Haji sering memberikan kadar bonus yang agak baik dan tinggi setiap tahun. Jadi, apabila ada spekulasi bahawa Tabung Haji sedang 'parah' dari segi kedudukan kewangan dan aset, maka ramailah yang tidak senang duduk. Walhal, perkara mengenai bonus hasil dari tabungan dan pelaburan adalah bergantung dengan keadaan ekonomi - ia boleh samada tidak diberikan atau diberikan dalam kadar yang rendah.
[Baca] 10 Sebab Untuk Tidak Melabur dalam Tabung Haji atau ASB
Dalam keadaan matawang ringgit yang lemah serta ketidak-stabilan ekonomi dunia, soal bonus ini sepatutnya perkara terakhir di ambil perhatian lebih; adalah lebih baik untuk memikirkan peluang pelaburan lain yang lebih menguntungkan.
alhamdulillah terjawab sudah setiap spekulasi yang menjadi kerisauan rakyat...
BalasPadamBonus Haji agak tinggi tahun ni..
BalasPadamUntung lah untuk mereka yang dapat 8% tu.. saya cuma 5%, itu pun syukur alhamdulillah juga.. hehehehee.. :)
Alhamdulillah, mungkin lepas ni leh rancang untuk pelaburan yang lebih baik .. emas ke .. :)
PadamAlhamdulillah
BalasPadamberlaku indonesia tidak pak? :)
BalasPadamOhh tidak, cuma kalau kamu mendeposit wang ke dalam Tabung Haji.
BalasPadamAlhamdulillah. Berita gembira untuk semua orang terutamanya saya yang sentiasa harapkan duit bonus TH untuk beli emas..hihih
BalasPadamBagus beli emas ni .... harganya in Sha Allah akan berikan keuntungan untuk jangkamasa panjang
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.