Berita mengenai pengunduran Fara Fauzana, AG, Ikhwan serta Liza ada diumumkan menerusi siaran radio Hot FM pada pagi 15 Februari 2016 tadi oleh Seylan Paul.

AG, Farah Fauzana, Ikhwan dan Liza Tinggalkan Hot FM
Dalam satu kenyataan oleh pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad; AG dan Ikhwan yang telah berkhidmat selama 10 tahun bersama Hot FM, akan memulakan tugas sebagai penyampai radio menerusi stesen baharu di bawah pengurusan Rangkaian Radio Media Prima juga. Turut sama menyertai stesen radio baru itu ialah Liza.Manakala, Fara Fauzana akan menamatkan karier di Hot FM untuk menumpukan kepada bidang pengacaraan.
Video Pengumuman AG, Fara Fauzana, Ikhwan dan Liza Tinggalkan Hot FM
Meh lihat video pengumuman tersebut di bawah ini, pastikan anda dah login ke akaun Facebook. :)Pengumuman Fara Fauzana - #AMkrew
Pengumuman tergempar yang diumumkan dilakukan oleh Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul di #AMKrew pagi tadi. All the best very best untuk Realfafau Real AG HOTFM Ikhwan HotFM & Liza!
Posted by HOT FM on Sunday, 14 February 2016
Ramai yang nampaknya sukar nak terima akan pengumuman yang telah dilakukan oleh Seylan Paul dalam Hot FM pada pagi tadi, namun itulah realiti yang perlu diterima.
Sedih Juga
Saya secara peribadinya termasuk isteri saya agak sedih juga melihatkan pengacara-pengacara ini yang telah mewarnai sebahagian kehidupan kami sejak 10 tahun lalu (kurang lebih sama umur dengan anak sulong saya). Boleh dikatakan saya dan keluarga antara peminat dan pendengar setia Hot FM sejak ia ke udara 10 tahun dahulu.Sebelum ini, saya ada cerita dan kongsikan mengenai pengunduran Faizal Ismail dari Hot FM sehingga ia menjadi antara post viral saya di Facebook. Malah, ia turut dikongsikan oleh FBI sendiri di laman peribadi FBnya ketika itu. Anda boleh baca di sini - Sokong Faizal Ismail (FBI) Letak Jawatan di HOT FM

Apapun selamat berjaya buat mereka, semoga keputusan yang telah dibuat ini akan memberikan impak yang lebih baik untuk perkembangan karier masing-masing di masa akan datang.
Kita doakan yang terbaik. In Sha Allah.
pastinya ada pengganti yang terbaik dan mereka juga adalah antara yang terbaik.
ReplyDeletekeputusan yang mengejutkan juga. sebab kita sinnim sangat dengan dorang ni..
ReplyDeleteKan .. saya pun macam dah biasa dgn si fara tu. Pernah hadiri event dengan adanya fara..
Deletelayan sepahtu sinar la pulak
ReplyDeleteBaru tahu . tak best dah laah bila fara takde. T___T
ReplyDeletelayan sepahtu sinar je sekarang ni sebab Era pun dah makin bosan aku dengar dengan lawaknya..kalau time bola je..memanjang cite pasal bola..bosan sesangat pepagi
ReplyDeleteSekarang layan Sepahtu Sinar..best.
ReplyDeleteterkejut dengan berita ni huhu...apa2 pun all the best kepada semua
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.