Jakim dalam satu kenyataan di portal rasminya berkata, seramai 185,675 calon telah menduduki peperiksaan UPKK pada tahun 2015 dengan bilangan calon lelaki seramai 92,862 dan calon perempuan seramai 92,813. Jumlah pusat peperiksaan pada tahun 2015 pula adalah sebanyak 4,561 pusat berbanding tahun 2014 iaitu 4,463 pusat peperiksaan.
Semakan Keputusan UPKK 2015
Menurut kenyataan itu lagi, keputusan UPKK bagi tahun 2015 menunjukkan pencapaian lulus 100%. Secara keseluruhannya pada tahun 2015 seramai 37,271 orang calon memperolehi agregat 8A berbanding pada tahun 2014 dengan pencapaian pada tahun 2015 menunjukkan peningkatan sebanyak 4.78%.Negeri terbaik dalam peperiksaan UPKK 2015 berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) adalah Selangor dengan GPN 1.484, diikuti Wilayah Persekutuan dengan GPN 1.488 dan ditangga ketiga Melaka dengan GPN 1.533 mata.
Bagi pelajar-pelajar dan ibu-bapa yang memohon untuk mendapatkan keputusan penuh UPKK 2015 boleh di ambil di Pejabat Agama Daerah di negeri masing-masing bermula jam 3:00 petang, 15 Januari 2016.

Alhamdulillah pencapaian yang membanggakan..syukur..
ReplyDeleteteringat zaman sekolah dulu... takut jugak nak ambik ujian nih..
ReplyDelete8A dah sekarang? Zaman saya dulu macam 5A je.. ?
ReplyDeletesekolah rendah pon dah format baru dah... 6A sbb Bi ada kertas 1 dan 2... kAFA dah 8A
ReplyDeleteteringat zaman sekolah kembali =)
ReplyDeletesyarat utama untuk masuk ke sekolah saya menggunakan keputusan UPKK ni
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.