Adeh. Agak terkejut juga apabila mendapat maklumat berkaitan servis KTM ETS ditamatkan mulai 1 Januari 2016. Walaubagaimanapun, perkhidmatan ETS yang ditamatkan ini hanya melibatkan tren ETS EGS9501 dan EG9502, dari Buterworth-Padang Besar-Butterworth.

Mengikut jadual perjalanan ETS yang terbaharu, perjalanan yang ditamatkan ini melibatkan tren ETS dari Butterworth jam 12:00 tghari (EGS9502) dan tren ETS dari Padang Besar jam 9:45 pagi (EG9501). Perkhidmatan tren ETS lain dari arah JB, Gemas, KL Sentral masih beroperasi seperti biasa.

KTM Tamat Servis ETS Butterworth - Padang Besar

KTM Tamat Servis ETS Butterworth - Padang Besar
Berikut adalah notis pemberitahuan oleh pihak KTM menerusi laman webnya.

Pelanggan yang dihormati,

KTM Berhad ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Tren ETS EG9501 dan EG9502, Butterworth – Padang Besar – Butterworth akan ditamatkan perkhidmatanya bermula 01 Januari 2016.

Ini bagi memberi laluan kepada perlaksanaan 6 perkhidmatan tren Komuter Shuttle Utara ( Butterworth – Padang Besar – Butterworth ) yang akan bermula pada tarikh yang sama.

Penumpang yang telah membeli tiket ETS EG9501 dan EG9502 boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh di mana-mana kaunter tiket ETS/Intercity. Jadual waktu dan harga tiket Komuter Shuttle Utara ( Butterworth – Padang Besar – Butterworth ) akan dimuatnaik dalam laman web rasmi KTMB dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di:

Terima kasih.

Dikeluarkan oleh,
Unit Perhubungan Pelanggan
KTM Intercity

Jadi, kepada mereka yang kerap menggunakan perkhidmatan ETS ini terutama untuk ke Padang Besar, diharap ambil perhatian akan notis yang dikeluarkan ni. Manalah tahu kot-kot ada yang dah booking, maka kena dapatkan pemulangan tambang tiket yang telah dibuat.


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement