Kadar Tambang Perjalanan KTM Komuter Sektor Utara. Sebelum ini, saya ada kongsikan berkaitan
jadual perjalanan terkini perkhidmatan KTM Komuter sektor utara, dan terlepas pandang perkara penting dalam artikel tersebut, iaitu jadual tambang terkini untuk perkhidmatan tersebut.
Saya pasti ramai yang nak tahu kadar tambang yang dikenakan untuk perkhidmatan serba terkini KTM Komuter arah utara ini. Jadi, menerusi entri ini, saya kongsikan info tersebut untuk dijadikan panduan dan rujukan.
Kadar Tambang KTM Komuter Sektor Utara
Kadar tambang KTM Komuter sektor utara ini adalah yang terkini, dan dikuat-kuasakan mulai 17 Januari 2016. Ia meliputi tambang dari stesen
Kamunting - Butterworth - Gurun - Padang Besar. Kadar tambang yang ditunjukkan merupakan tambah penuh dewasa tanpa diskaun. Untuk tambang diskaun tertentu, anda perlu rujuk pada setiap stesen yang terlibat.
Kongsikan dengan rakan-rakan .... dan jika anda nak
print-out jadual di atas, hanya klik
pop-out yang ada di sudut fail pdf di atas.
Untuk sebarang promosi berkaitan servis KTM Komuter dan info lain, anda boleh juga merujuk ke laman web KTM Komuter di pautan ini -
KTM Komuter
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.