Awas .. Jangan Beli Pakej Rujukan PTD M41
Ramai betul yang mahu menjawat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) ini. Saya dapat tahu ada lebih kurang 70,000 permohonan yang didaftarkan untuk jawatan ini di laman SPA. Perghhh ... ia memang jawatan kerajaan yang sangat hot. Al maklumlah, menerusi PTD boleh jadi duta Malaysia ke luar negara ... malah ada banyak saluran serta peluang untuk kembangkan lagi karier dan kerjaya.Syok Betul Jadi PTD
Saya mempunyai beberapa rakan sekolah yang berjaya menjadi PTD ni. Ada di antaranya sudah beberapa kali dapat ke luar negara atas urusan kerja. Malah, ada yang sudah menjawat jawatan antara terpenting di dalam sektor awam .... rasa bangga lak bila ada kawan yang ada pangkat hebat ni .. fuh.Tapi itulah, yang nak memohon punyalah ramai, tetapi ruang kekosongan itu sangat jauh beza nisbahnya. Nak tak nak, siapa yang mahu mendapatkan jawatan PTD perlu bersaing sesama sendiri. Sudahlah saingan itu tinggi, peluang lagi ditipiskan pula dengan beberapa peringkat untuk berjaya mendapat jawatan ini.
Kalau ada yang tidak tahu, untuk menjawat jawatan PTD, ada beberapa peringkat harus dilalui ....
- Daftar untuk jawatan PTD di laman web SPA setiap tahun (bukan sekali daftar terus lupakan ye ..).
- Dipanggil untuk hadiri peperiksaan secara online. Dulu, saya hadiri secara bertulis, di dalam dewan yang sangat besar lagi sunyi ... huhu.
- Disenaraipendek dan dipanggil untuk temuduga. Saya tidak pernah disenaraipendek .. tetapi mungkin berada di senarai panjang ..
- Jalani kursus atau diploma sebagai Kadet PTD. Dapat pakai seragam putih dan nampak bergaya.
- Diserapkan ke perjawatan.
Banyak ditapis. Banyak hadapi ujian. Banyak kena hadiri kursus .. hoho ... jadi, mereka yang berjaya jadi calon akhir bukanlah calang-calang orang. Bukan mereka yang goyang kaki dan berfikir mereka tahu segala benda ... bukan mereka yang suka buang masa, dan bukan mereka yang rasa mereka bijak.
Kualiti Seorang PTD
Yeap, itulah kualiti yang ada pada rakan-rakan saya yang berjaya menjawat jawatan PTD di dalam kerajaan. Saya mengenali mereka ini sebagai antara top scorer di IPT, yang kuat berusaha, yang ada azam untuk berjaya, yang sentiasa melakukan persediaan untuk segala perkara yang bakal mereka lalui. Malah, salah seorang dari rakan saya yang jadi PTD ini adalah 'drop-out' .... tapi ... sentiasa berusaha untuk perbaiki diri dan akhirnya berjaya.Orang gagal sentiasa mencari alasan.

[+] Info Tambahan Berkaitan PTD
Berilah peluang untuk mereka yang benar layak untuk jawatan ini. :)
betul tue semalam dah baca dalam portal spa
ReplyDeletemaksudnya buku rujukan ni memang benar hebat lah ye?
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.