Alhamdulillah, satu berita yang amat baik untuk pengguna-pengguna KTM ETS terutama buat isteri saya yang sering ulang-alik setiap minggu dari KL Sentral ke Parit Buntar. Dengan 12 servis terbaharu ini, maka akan lebih banyak tren melalui Parit Buntar dan kawasan terlibat. Maka, isteri saya akan dapat atasi masalah untuk mendapatkan tiket tren ETS yang sentiasa habis setiap bulan.
12 Servis Terbaru Tren ETS Bermula 18 Januari 2016
Memang laku keras perkhidmatan tren ETS sejak ia diperkenalkan untuk destinasi ke utara Semenanjung. Dan saya juga difahamkan, bahawa servis ETS akan menjadi servis utama pengangkutan tren apabila tren biasa Senandung Langkawi serta Ekspres Rakyat telah diberhentikan perkhidmatan.Berikut adalah kenyataan media berkaitan 12 servis terbaru tren ETS yang akan bermula pada 18 Januari 2016:
Selain itu, terdapat juga promosi khas untuk tren ETS Platinum sempena sambutan Tahun Baru Cina 2016. Diskaun sebanyak 25% akan diberikan kepada pelanggan-pelanggan ETS seperti tertera di bawah:

Dah lama teringin nak naik... tak ada kesempatan lagi... hari tu dah plan nak naik dari Jitra ke Butterworth.. tapi tiket lewat sangat... insyaAllah nanti nak naik jugak..
ReplyDeleteKalau dapat promosi sangat berpatutan la balik di hari perayaan dengan ETS ni
ReplyDeleteBetul .. diskaun banyak tu ... :)
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.