Filem yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan karya asal oleh produksi Astro Shaw iaitu Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf ini berjaya mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris dalam perfileman negara, sekali gus memecah rekod kutipan tiket paling tinggi yang dipegang filem ‘The Journey’ terbitan Astro Shaw, yang pernah meraih RM17.28 juta pada tahun 2014.
10 Filem Tempatan Terlaris 2015
Filem tempatan terlaris ini telah ditayangkan pada 17 September 2015 di 71 pawagam tanahair. Ia mengisahkan tentang dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.
Judul Filem | Pengeluar | Genre | Jualan Tiket (RM) |
---|---|---|---|
POLIS EVO | Astro Shaw Sdn Bhd. | Aksi, Komedi, Jenayah | 17,470,603.00 |
MY PAPA RICH (MANDARIN) | Film Kingdom Group Sdn. Bhd. | Komedi | 3,025,250.90 |
SUAMIKU ENCIK PERFECT 10 | Astro Shaw Sdn. Bhd. | Komedi/Drama/Keluarga | 2,986,091.20 |
VILLA NABILA | Skop Production Sdn. Bhd. / Viper Studios Sdn. Bhd. | Seram | 2,808,626.90 |
CICAKMAN 3 | KRU Studios Sdn. Bhd. | Aksi/Komedi | 2,555,967.82 |
PILOT CAFE | Astro Shaw Sdn. Bhd. / Tarantela Pic Sdn. Bhd. | Drama/Cinta | 1,687,650.01 |
JWANITA | Nuansa Sdn. Bhd. | Seram | 1,449,601.42 |
JUVANA 2 - TERPERANGKAP DALAM KEBEBASAN | Filmscape Sdn. Bhd. | Aksi | 1,254,716.49 |
HANTU BUNGKUS IKAT TEPI | MIG Pictures Sdn. Bhd. | Seram/Komedi | 996,378.98 |
GUDANG KUBUR | Mangkin Prestige Sdn. Bhd. | Seram | 862,074.34 |
Syabas kepada filem Polis Evo yang berjaya meaih kutipan tertinggi. Saya sendiri bersama keluarga turut menonton filem Polis Evo ini di pawagam. Di Parit Buntar, hanya ada satu pawagam iaitu di Kerian Sentral Mall... huhuhu ...
[Tonton] 10 Filem Best Bakal Gegar Panggung 2016 (Trailer)
Semasa menonton filem ni, panggung tidaklah penuh, cuma saya dapat lihat bahawa filem ini bukan sahaja diminati oleh penonton Melayu, tetapi juga bangsa lain. Mungkin sebab cerita kepolisan tidak berapa banyak di Malaysia, apatah lagi dari keluaran penerbit filem tempatan. Malah, kanak-kanak juga suka menonton filem aksi Polis Evo ini.
Tahun 2016? Adakah rekod filem Polis Evo akan dipecahkan kali ini? Kita tunggu dan lihat ...
Terbaik...polis evo....sy tgk byk kali tu...x bosan...tahun 2016...'..???
ReplyDeleteBanyak kali tengok tu..berapa kali ehh?
DeleteKita sama sama tunggu carta filem 2016...buat masa ini buah tangan dari bollywood meniti dibibir..
ReplyDeleteHmmm viral kot filem tu ... isteri saya ajak tgk kat pawagam, tapi saya malas .. hahahaha
Deletefuhh.. dah lama tak tgk filem tempatan. kali terakhir tengok Pisau CUkur
ReplyDeletePolis Evo adalah filem Malaysia pertama saya minati, banyak improvement dari segi cinematic, story, visual fx, sound dan production design. Nice..
ReplyDeleteYeap ... memang best .. :) saya suka Nora Danish .. hahahaha
Deletepolis evo memang terbaik! layak la dapat kutipan tertinggi
ReplyDeleteastro shaw ni tak banyak kelaurkan filem..tapi sekali dia keluar terus meletup...filem cina pun dia boleh kaut untung juta2
ReplyDeleteTu la ... idea derang memang power, tu sebab boleh dapat kutipan sampai juta2 walaupun filem skit je.
DeleteKeladi ambik cerita seram...tahun 2016....???
ReplyDeletePolis evo saya suka saya suka :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**