Borang pendaftaran BR1M 2016 yang lengkap diisi perlu dihantar sebelum 31 Disember 2015. Ia perlu dihantar ke mana-mana cawangan LHDN berdekatan sebelum tarikh yang saya sebutkan tadi.

Tarikh Pembayaran Rasmi BR1M 2016
Seperti telah dimaklumkan dalam Bajet 2016, kadar pemberian BR1M 2016 telah dinaikkan menjadi seperti berikut:- Tersenarai dalam e-Kasih berpendatan bulanan kurang RM1000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM1,050.
- Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah - jumlah BR1M adalah sebanyak RM1000.
- Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM800.
- Individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM400.
Pembayaran BR1M 2016 akan diberikan dalam 4 peringkat seperti ditunjukkan di bawah:

- Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
- Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
- Ansuran Ketiga: RM300 pada 23 Jun 2016
- Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016
- Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
- Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
- Ansuran Ketiga: RM250 pada 23 Jun 2016
- Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016
- Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2016
- Ansuran kedua: RM200 pada 28 April 2016
- Ansuran Ketiga: RM200 pada 23 Jun 2016
- Ansuran Ke Empat: RM200 pada 28 September 2016
- RM400 pada 28 Januari 2016
Kepada mereka yang layak untuk menerima BR1M 2016, dan pernah menerima BR1M pada tahun 2015, anda diwajibkan untuk kemaskini data terkini anda di portal rasmi BR1M (https://ebr1m.hasil.gov.my) atau kemukakan borang BR1M 2016 yang telah dilengkapkan dengan butiran terkini, terutamanya nombor akaun bank, alamat rumah, nombor telefon serta butiran waris.
assalamualaikum HH...untungnya siapa yg dpt BRIM ni...dah ada jadual bila pembayarannya...:)
BalasPadamBetul tu. Ramai yang tunggu br1m ni. Untung yang dapat.
PadamBestnya klu dpt..
BalasPadamdah kemas kini husband punya..28 Jan dapat la..dapat jugak beli katil umah
BalasPadamboleh isi online x ?
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.