Tambang Express Rail Link (ERL) naik mulai Januari 2016. Demikian menurut laporan beberapa akhbar terkini mengenai kadar dan struktur baru tambang ERL. Tambang ERL akan naik menjadi RM55 sehala berbanding dengan sebelum ini iaitu RM35 sehala, kenaikan sebanyak RM20!

Sebelum ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita bahawa pihak lebuhraya PLUS menaikan kadar tol di semua lebuhraya kendaliannya sebanyak 5% bermula 2016. Saya juga ada menyiarkan artikel mengenai kadar tambang komuter terkini dari KTM yang juga menunjukkan kenaikan sebanyak 4 sen bagi setiap kilometer.

Tambang ERL Naik Mulai Januari 2016

Tambang ERL Naik Mulai Januari 2016
Tambang ERL akan naik meliputi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit. Struktur tambang baru ini telah dipersetujui oleh pihak SPAD yang mengawal selia perkhidmatan kemudahan pengangkutan awam di negara kita. Tambang terkini ERL mulai Januari 2016 ini diluluskan oleh SPAD mengikut Seksyen 120 Akta Pengangkutan Darat 2010.

Harga Tambang Baru ERL

Tambang baharu bagi perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit adalah RM55 bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA /KLIA2. Ia akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2016.

Fuh.. mencabarlah kehidupan di bandaraya Kuala Lumpur dan di negeri Selangor amnya. Semua servis untuk orang awam nampaknya akan naik pada tahun 2016. Nak tak nak, terpaksa hadap dan mencari alternatif bagi menampung perbelanjaan yang bakal naik.

Mungkin tahun 2016 adalah tahun di mana penduduk bandaraya mengambil inisiatif untuk mencari peluang yang lebih kos efektif dengan gaji bulanan yang diterima.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Adoii..ni rasa nak balik utara, semua naik kt sini..huhu..

    BalasPadam
  2. Perghhh :l
    Kalau nak gi KLIA pun fikir banyak kali nak naik ERL. Naik bas je.

    BalasPadam
  3. dijangka ramai yang akan naik bas nanti...:D tapi kalau boleh claim,org akan naik je :P

    BalasPadam
  4. Semua pakat naik ni..dahle letih balik keje..naik ERL pulak tu..em makin tenat dibuatnye..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement




CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement