Teka teki lagu manakah yang terpilih untuk ke final Anugerah Juara Lagu telah terjawab semasa persembahan terakhir Separuh Akhir Muzik-Muzik ketiga pada 6 Disember 2015. Lagu-lagu yang terpilih merupakan antara lagu terbaik dalam kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak juri.
Senarai 12 Finalis Juara Lagu (AJL) 30

- Biarkanlah – Drama Band (Aepul Roza, Amar Habir, Daus SRK dan Faeez Halim)
- Knock Knock – Elizabeth Tan (Faizal Tahir dan Mike Chan)
- Sampai Mati – Hazama (Omar K dan Audi Mok/Omar K)
- Bukan Hal Aku – Kaka Azraff & Alif (The Good Fellas)
- Hanya Namamu – Caliph Buskers (Edry Abdul Halim)
- Malam Ini Kita Punya – Bunkface (Sam Bunkface)
- Potret – Akim & The Majistret (Hang Nadim / Kamar Empayar)
- Not For Sale – Stacy (Mike Chan dan Omar K / Mike Chan, Omar K dan Altimet)
- Angin Kencang – Noh Salleh (Noh Salleh)
- Mana Mungkin – Black (Ajai)
- Tak Pernah Menyerah – Dayang Nurfaizah (AKid / Poji Samad)
- Assalamualaikum – Faizal Tahir (Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong, Audi Mok)
Fuh .. memang hebat-hebat lagu yang telah berjaya ke Anugerah Juara Lagu (AJL) kali ke 30 ini. Antara lagu yang menjadi pilihan saya ialah Biarkanlah, Sampai Mati, Hanya Namamu, Assalammualaikum.
Jika anda perhatikan dalam senarai 12 finalis AJL 30 ini, banyak lagu ini popular sebagai lagu tema dalam drama. Tambah lagi fenomena sekarang, banyak drama diadaptasi dari novel popular yang sudahpun ada pengikutnya sendiri. Dari peminat novel ke peminat drama dan langsung terus meminati lagu-lagu yang ada dalam sesebuah drama tersebut...baik punya teknik marketing ..huhuhu...
Sepertimana tahun lepas, saya hanya tonton AJL ... haha .. tak termampu nak tonton Muzik Muzik setiap minggu, hatta siaran separuh akhir Muzik Muzik sekalipun. Lebih suka lihat kemuncak ... sebab disinilah lagu itu sebenarnya dipertandingkan.
Assalamualaikum HH,
ReplyDeleteHanya namamu HH sampai mati tapi mana mungkin kan..
Tapi HH mana mungkin angin kencang sampai HH mesti tak pernah menyerah kalah dalam SEO kan...
Saya si bongkok knock knock en hh biarkanlah jekkk sebab bukan hal aku kan ( saya xrasa hh mcm nie )
Potret HH not for sale kan...sebab...
Komen ini HH punya... :)
P/S: Saya pilih Caliph Buskers menang buat kali kedua dan kali ini memang dari tangan mereka...ameen
sy pilih hazama... hmmm.. tapi drama band pun ok jga..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**