Semakan status BR1M 2016. Sekiranya anda telah mengemaskini maklumat diri dan juga butiran terkini dalam BR1M 2016, anda boleh mula menyemak status BR1M mulai Disember 2015. Semakan status BR1M adalah penting untuk mengetahui samada permohonan dan juga kemaskini telah diterima atau belum.
Ada 5 status penting dalam kemaskini BR1M 2016 yang harus anda ambil perhatian. Status tersebut akan menyatakan samada permohonan dan kemaskini telah diterima, pembayaran telah dibuat atau pendaftaran sedang disemak oleh pihak LHDN. Status ini ada dipaparkan dalam
semakan status BR1M, dan penerangannya ada diberikan bagi setiap satu jenis status yang diterima.
Semakan Status BR1M 2016
Status tersebut adalah:
- Permohonan diterima
- Permohonan dalam proses
- Permohonan lulus
- Permohonan tidak lulus
- Status kredit tidak berjaya
Permohonan yang lulus hanya boleh diketahui apabila pembayaran BR1M 2016 mula dibuat pada Januari 2016. Ketika itu, semakan status BR1M akan menunjukkan status seperti yang tertera di bawah ini. Sendainya penerima BR1M mendapat status kredit tidak berjaya, ini bermakna wang bantuan yang diterima tidak berjaya dikreditkan terus ke dalam akaun bank. Satu surat atau notis akan dihantar kepada penerima menerusi alamat yang didaftarkan di dalam borang BR1M 2016.
[Baca] Tarikh Rasmi Penerimaan Wang BR1M 2016
Seandainya ini berlaku, penerima perlu membawa surat tersebut untuk tujuan semakan bersama dengan kad pengenalan asal ke mana-mana cawangan BSN. Ia adalah perlu untuk penunaian wang BR1M, bagi mereka yang ada masalah dengan kemasukan wang bantuan secara automatik ke dalam akaun bank yang didaftarkan.
Untuk
kemaskini dan borang permohonan BR1M 2016, pastikan tarikh borang diterima adalah tarikh terkini iaitu selepas 5 Disember 2015. Seandainya tarikh borang diterima yang tercatat adalah sebelum tarikh tersebut, kemungkinan anda masih belum mengemaskini dengan betul. Jadi, anda perlu pastikan anda telah membuat kemaskini dan juga semakan status untuk BR1M 2016.
Semoga bermanfaat.
sekali lagi tak layak. takpe, dah kawin nanti cuba lagi hehe
ReplyDeleteuntungla sapa yang layak tu
ReplyDeletesat nak check.. hehe
ReplyDeletebiarpun kita tahu kerjaan skg ni macam mana. tapi bila dah diberi duit ni, gunalah sebaknya..tak sabar nak dapatr duit brim ni.hehe
ReplyDeleteSemoga dengan pemberian BRIM tu bertambah berkatlah harta kerajaan Malaysia.. aminnn
ReplyDeleteWah..kena semak lepas ini, Insha Allah boleh dapat nanti untuk bulan Januari.
ReplyDeleteMoga setiap pemohon sentiasa perihatin...
ReplyDeletetahnia yang dapat,,.bertuah rezeki diorang kan HH
ReplyDeleterezeki buat mereka....
ReplyDeleteBoleh VROOM pula seround dua...
ReplyDeleteGunakan bantuan BR1M ini secara berhemah.
ReplyDeleteSeronok dapat duit Br1m. Dapat tebus balik yang kena GST tu sikit-sikit..huhu.
ReplyDeleteHari ini...dapat....besok habis....brim oh brimm...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.