Pengumuman mengenai tarikh permohonan BR1M 2016 dibuka telah dibuat oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Permohonan baru serta mereka yang ingin mengemaskini maklumat boleh dilakukan mulai 5 Disember (Sabtu) 2015.
Permohonan BR1M 2016 Dibuka 5 Disember 2015

Muat Turun Borang BR1M 2016
Permohonan baru dan mereka yang ingin mengemaskini maklumat boleh dilakukan dengan memuat turun borang secara percuma di portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia di https://ebr1m.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my.Borang permohonan BR1M 2016 juga boleh diperoleh dari mana-mana cawangan LHDN, pusat khidmat hasil LHDN, dan pusat transformasi bandar LHDN.
Untuk permohonan baru BR1M 2016, pemohon perlu:
- Kemukakan maklumat peribadi dengan lengkap
- Kemukakan maklumat waris
- Kemukakan maklumat akaun bank
- Kemukakan nombor telefon yang boleh dihubungi.
Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau email kepada br1m@treasury.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Sumber: Bernama
Mudah sekarang dah boleh buat permohonan dan kemaskini BR1M secara online
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.