Laluan Baru Percubaan KTM Komuter 15 Disember 2015

Kaji Selidik Sepanjang Tempoh Percubaan
Kaji selidik dan maklum balas daripada penumpang akan diambil selama tempoh percubaan lalu baru KTM Komuter ini dijalankan. Jadi, kepada anda yang mungkin akan menggunakan servis KTM Komuter untuk laluan percubaan ini, harapnya dapat memberikan input yang sepatutnya agar dapat membantu KTM memperbaiki kelemahan jika ada.
Sehubungan dengan laluan baru percubaan KTM Komuter yang akan dilaksanakan mulai 15 Disember 2015 ini, jadual tren KTM Komuter untuk sektor terbabit akan mengalami sedikit perubahan. Jadual waktu terkini untuk servis atau perkhidmatan tren KTM Komuter akan diumumkan mulai 3 Disember 2015 di laman web rasmi KTM.
Saya juga dimaklumkan bahawa KTM juga akan menjadualkan semula semua laluan KTM Intercity tidak lama lagi untuk tahun 2016. Malah, perkhidmatan keretapi Ekspress Rakyat, dan Senandung Langkawi juga akan diberhentikan dan digantikan dengan perkhidmatan ETS dan Komuter.
Untuk pertanyaan dan maklum balas boleh hubungi Pusat Panggilan KTM 1300 88 5862, twitter@ktmkomuter atau email komuter4u@ktmb.com.my
aiseyman... laluan tg malim sudah tukar pulak.. uhuhuhu..
ReplyDeletetak tahu la macam mana keadaanya nanti harap2 smooth...
ReplyDeleteKalau jadi ni .. mesti seronok orang2 yang duk jauh leh didekatkan ... tambang komuter kalau lagi jauh lagi jimat dengarnya ...
Deletebertukar da
ReplyDeleteAkan bertukar sepenuhnya nanti.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.